• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angka Korban Gempa Turkiye Meningkat Kepada 43,556 Orang

oleh Mohd Arshad
23/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Angka Korban Gempa Turkiye Meningkat Kepada 43,556 Orang
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON : Angka kematian akibat gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye pada 6 Februari lalu, terus meningkat kepada 43,556 orang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor Agensi Anadolu, Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu mendedahkan data itu semasa siaran langsung dengan saluran televisyen TRT Haber di wilayah Hatay yang dilanda gempa bumi.

“Ini merupakan salah satu tragedi gempa bumi paling buruk di dunia,” katanya.

Menurut Soylu, pihaknya memerlukan tempoh masa tertentu untuk bertindak balas ketika berdepan dengan kejadian 26,000 rumah yang runtuh dalam masa beberapa jam selepas dilanda bencana itu.

Malah, katanya, gempa bumi itu melanda kawasan seluas 110,000 kilometer persegi.

“Keluasan kawasan itu sebesar saiz tiga negara Belanda,” katanya.

Gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud berpusat di Kahramanmaras turut menggegarkan 10 wilayah lain termasuk Hatay, Gaziantep, Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Kilis, Malatya, Osmaniye, Elazığ dan Şanlıurfa.

Lebih 13 juta penduduk yang tinggal di kawasan itu terjejas akibat gempa bumi dahsyat itu.

Sebelum ini, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, kerajaan akan mula membina lebih 200,000 buah rumah seawal bulan depan di kawasan yang musnah akibat gempa bumi.

Tegas beliau, pihaknya akan menyiapkan projek pembinaan rumah itu dalam tempoh setahun.

-Utusan Online

Tags: Angka KorbanGempa Turkiye
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elaun Khas Untuk Petugas SAR Di Turkiye

Elaun Khas Untuk Petugas SAR Di Turkiye

16/02/2023
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi elaun khas kepada semua petugas yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamar (SAR) bencana...

Anwar Akan Ke Turkiye Malam Ini, Jemputan Khas Erdogan

Anwar Akan Ke Turkiye Malam Ini, Jemputan Khas Erdogan

14/02/2023
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertolak ke Turkiye malam ini bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd