• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Tanggungjawab Fiskal Dibentang Tahun Ini

oleh Mohd Arshad
22/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Akta Tanggungjawab Fiskal Dibentang Tahun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Akta Tanggungjawab Fiskal dijadual dibentangkan tahun ini, ia akan merangkumi beberapa komponen antaranya had peratusan hutang kerajaan tidak melebihi 65 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menanggung bayaran khidmat hutang yang tidak melebihi 15 peratus daripada bajet tahunan Kerajaan Persekutuan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata sebarang perbelanjaan operasi kerajaan harus berdasarkan hasil pendapatan kerajaan, bagaimanapun kelonggaran berhutang diberikan kepada perbelanjaan pembangunan.

“Bagi had siling hutang statutori negara, kerajaan telah menaikkan had siling sebanyak dua kali daripada 55 peratus kepada 60 peratus daripada KDNK semasa pandemik COVID-19 dan kemudian kepada 65 peratus sehingga kini,” katanya pada sidang media di Lobi Bangunan Parlimen hari ini.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengurangkan had siling ke tahap sebelumnya, beliau berkata ia masih dalam perbincangan.

“Pada ketika ini, kadar hutang kerajaan kepada KDNK adalah 60.4 peratus berbanding had siling 65 peratus… sama ada kita akan kembali ke had 55 peratus atau 60 peratus, ia akan diputuskan nanti,” katanya.

Mengenai tempoh jangkaan pembentangan akta tersebut, Ahmad berkata ia masih belum ditentukan lagi.

Ahmad pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat berkata kedudukan hutang itu telah meningkat ketara kepada 60.4 peratus berbanding 52.4 daripada KDNK pada tahun 2019.

“Ia disebabkan kerajaan perlu membuat pinjaman tambahan bagi membiayai beberapa pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi dengan suntikan fiskal berjumlah RM110 bilion yang bertujuan menangani impak pandemik COVID-19.

“Secara amnya, setiap tahun kerajaan perlu membuat pinjaman untuk membiayai defisit fiskal dan membiayai semula hutang prinsipal sedia ada (roll over) dan kerajaan terpaksa membuat pinjaman baharu bagi menampung perbelanjaan pembangunan. Pinjaman tahunan ini akan meningkatkan paras hutang Kerajaan selagi mana kedudukan kewangan Kerajaan mengalami defisit,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pembiayaan pembangunan tersebut amat penting kerana ia merupakan pelaburan awam yang mempunyai kesan pengganda besar dan berimpak tinggi dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Menjelaskan mengenai aspek bayaran khidmat hutang (iaitu bayaran faedah ke atas pinjaman terkumpul) pula, Ahmad berkata sebanyak RM41.3 bilion telah dibelanjakan pada tahun 2022 dan meliputi 14 peratus daripada kutipan hasil.

“Bayaran khidmat hutang akan terus meningkat selagi mana hutang sedia ada tidak berkurang dan Kerajaan perlu membuat pinjaman baharu untuk membiayai defisit tahunan.

“Pada tahun sebelum ini, ia hanya antara sembilan peratus hingga 11 peratus dan lebihan ini dapat digunakan bagi projek berkaitan rakyat. Sebaliknya, kita menggunakan wang tersebut untuk selesaikan bayaran khidmat hutang dan projek rakyat terpaksa dihadkan,” kata Ahmad.

-Berita Harian

Tags: Akta Tanggungjawab Fiskal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Staf PAIP Buat Tuntutan Palsu Direman

Next Post

Sengaja Rempuh Tiang Demi Tuntutan Insurans

Related Posts

No Content Available
Next Post
Sengaja Rempuh Tiang Demi Tuntutan Insurans

Sengaja Rempuh Tiang Demi Tuntutan Insurans

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd