• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Terbang Semula Ke Tujuh Destinasi Di China

oleh Mohd Arshad
13/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
AirAsia Terbang Semula Ke Tujuh Destinasi Di China
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: AirAsia bakal melancarkan semula tujuh destinasi antarabangsa di China iaitu Macao, Shenzhen, Guangzhou, Kunming, Shanghai, Hangzhou dan Chengdu berikutan pemulihan kukuh yang berterusan pasca pandemik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata China adalah pasaran penting untuk kumpulan AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah antarabangsa terbesar mengikut kapasiti prapandemik.

“Berdasarkan faktor muatan tinggi bagi penerbangan sulung kami ke/dari Guangzhou pada minggu lalu, permulaan semula perkhidmatan kami bukan sahaja akan memberikan nilai dan akses yang lebih baik kepada pengembara yang membuat perjalanan penting dari Malaysia dan pelancong dari China malah akan meningkatkan pertumbuhan pelancongan, perdagangan dan ekonomi di kedua-dua buah negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

AirAsia Malaysia bakal terbang semula ke empat destinasi di China dari dua hab, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu ke Macao, Shenzhen, Guangzhou dan Kunming dengan kekerapan 10 penerbangan mingguan, dan sasaran untuk meningkatkan kekerapan sehingga 27 penerbangan mingguan pada Mac.

Penerbangan pertama ke/dari China dimulakan semula pada 10 Februari 2023 lalu ke/dari Guangzhou dengan faktor muatan tinggi untuk penerbangan dua hala, katanya.

Melengkapi penyambungan semula destinasi jarak dekatnya, AirAsia X Malaysia akan menyambung semula laluan dari Kuala Lumpur ke Shanghai, Hangzhou dan Chengdu dengan 10 penerbangan mingguan bermula 1 Mac 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benjamin Ismail, berkata China akan menjadi tumpuan pasaran utama yang seterusnya apabila syarikat penerbangan itu memperkukuh strategi pertumbuhan melalui pelancaran laluan paling popular dan menguntungkan.

“Kami menyaksikan kejayaan yang luar biasa dengan perkhidmatan ke China prapandemik yang mana kami membawa lebih 1.8 juta tetamu ke/dari China pada 2019 sahaja.

“Kami percaya permulaan semula perkhidmatan ke China ini akan menjadi popular untuk pengembara perniagaan, pelajar antarabangsa, tetamu yang melawat keluarga serta merangsang permintaan serantau antara dua pasaran besar melalui tambang rendah dan perkhidmatan bernilai tinggi,” katanya.

AirAsia Malaysia menawarkan tambang sehala terangkum untuk pengembara yang membuat perjalanan penting dengan harga bermula daripada RM151 dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu ke Macau, Shenzhen, Guangzhou dan Kunming.

AirAsia X Malaysia menawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Shanghai, Hangzhou dan Chengdu dengan tambang sehala terangkum bermula daripada RM899/RMB1,088 bagi tempat duduk ekonomi atau RM2,199/RMB3,288 bagi tempat duduk Premium Flatbed.

Memandangkan kemasukan ke China pada masa ini terhad kepada visa tertentu sahaja, pelanggan dinasihatkan untuk menyemak keperluan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju.

Bernama-

Tags: AirAsiaChinaterbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd