• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Tak Wajar Anggap Kes Najib ‘Pendakwaan Terpilih’ – MUDA

oleh Mohd Arshad
15/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Zahid Tak Wajar Anggap Kes Najib ‘Pendakwaan Terpilih’ – MUDA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilihat tidak bertanggungjawab apabila menyifatkan perbicaraan Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘pendakwaan politik dan terpilih’.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Abd Hadi, berkata Presiden UMNO itu seolah-olah menggambarkan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan pertuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd, dibuat secara tidak adil.

Katanya, kenyataan pemimpin kedua tertinggi dalam hierarki pentadbiran itu memberi persepsi buruk pada kerajaan dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman.

“Ahmad Zahid bukan sahaja Presiden UMNO, malah adalah Timbalan Perdana Menteri dan bukan ahli Parlimen pembangkang.

“Kenyataan beliau yang juga orang nombor dua dalam kerajaan, memberi gambaran seolah-olah keputusan sebulat suara panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib berkait penyelewengan dana RM42 juta SRC International, dibuat secara tidak adil.

“Ia boleh membawa implikasi terhakisnya kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman negara, dan membina persepsi buruk terhadap kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jumaat lalu, Ahmad Zahid dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, mengulangi pendirian parti itu mendesak Najib diberi keadilan di mahkamah dan menegaskan bekas Perdana Menteri itu dikenakan pendakwaan politik dan terpilih.

UMNO kini adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan selepas menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), parti yang kuat mendesak supaya Najib dihadapkan ke mahkamah susulan kontroversi penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan, hukuman dan denda RM210 juta pada 23 Ogos lalu.

Susulan kenyataan Ahmad Zahid itu, Amir menegaskan MUDA, yang juga sebahagian daripada parti yang menyertai Kerajaan Perpaduan, akan memastikan tiada campur tangan politik dalam kes di mahkamah.

“MUDA sebagai parti yang mendukung kerajaan hari ini, akan berusaha memastikan tiada campur tangan politik ke atas kes yang sedang dibicarakan.

“MUDA juga akan memastikan sebarang unsur campur tangan yang jelas, didedahkan kepada umum,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiDatuk Seri Najib Tun RazakKes Najibmuda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nasruddin Ketuai MN Di Pahang, Zuraida Di Selangor

Next Post

Keluarga Teruskan Usaha Cari Guru Hilang Ketika Umrah

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post
Keluarga Teruskan Usaha Cari Guru Hilang Ketika Umrah

Keluarga Teruskan Usaha Cari Guru Hilang Ketika Umrah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd