• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Subvarian Kraken Makin Membimbangkan, Menjadi Dominan Di AS

oleh Mohd Arshad
08/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Subvarian Kraken Makin Membimbangkan, Menjadi Dominan Di AS
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK: Subvarian coronavirus baharu iaitu ‘Kraken’ yang mula-mula dikesan pada 2022, kini menjadi rantaian dominan di Amerika Syarikat (AS) dan sudah dikenal pasti di sekurang-kurangnya 31 negara lain.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), XBB.1.5 ialah keturunan subvarian Omicron XBB yang terjadi daripada persilangan antara dua strain terdahulu, BA.2.75 dan BA.2.10.1.

Varian XBB asal menyebabkan gelombang jangkitan di beberapa negara termasuk Singapura dan India, sejak pertama kali WHO membangkitkan kebimbangan mengenainya Oktober lalu.

Walaupun menyumbang hanya satu peratus daripada semua kes COVID-19 pada awal Disember, anggaran Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS kini menunjukkan ia melonjak menjadi dominan menjelang akhir bulan iaitu kira-kira 41 peratus daripada semua jangkitan.

Di negeri-negeri timur laut AS, angka itu melonjak melebihi 70 peratus, manakala di negara lain, jangkitan yang disebabkan oleh XBB.1.5 kekal lebih rendah, walaupun ia mungkin berubah dengan cepat.

Sementara itu, anggaran dari Institut Wellcome Sanger mendapati bahawa varian itu membentuk sekitar empat peratus daripada jangkitan COVID-19 di England pada pertengahan Disember, manakala Kanada menemui hanya segelintir kes itu.

Saintis menegaskan bahawa sub-varian mempunyai pertalian yang lebih kuat kepada ACE2, reseptor utama untuk virus, yang membolehkan ia mengikat lebih mudah dan meningkatkan keupayaan jangkitan.

Bagaimanapun, tiada perbezaan ketara dalam keterukan dilaporkan antara kes yang disebabkan oleh XBB.1.5 dan varian sebelumnya.

XBB.1.5 juga menarik perhatian kerana ia menunjukkan tanda-tanda kalis imuniti, di mana ia mempunyai keupayaan untuk mengelak imuniti semula jadi atau perlindungan terdahulu yang disediakan oleh vaksin, dan menjangkiti semula orang yang sudah pulih daripada serangan COVID-19 lebih awal.

Namun, saintis dalam artikel yang diterbitkan dalam jurnal Cell baru-baru ini, memberi amaran bahawa subvarian seperti XBB.1.5 menimbulkan ‘ancaman serius’ kepada vaksin COVID-19 semasa.

Keupayaan menular yang lebih tinggi juga bermakna lebih ramai orang berkemungkinan dijangkiti, dan dengan itu mengalami akibat yang teruk.

Kadar kemasukan ke hospital juga meningkat, di tengah-tengah lonjakan jangkitan penyakit musim sejuk yang lain seperti influenza.

China, yang sedang melalui gelombang jangkitan utama selepas melonggarkan dasar ketat “Sifar-COVID-19′ dalam beberapa minggu kebelakangan ini, masih belum melaporkan sebarang kes domestik XBB.1.5.

Shanghai pula mengesan tiga jangkitan yang disebabkan oleh varian itu dan berkata semuanya adalah kes import.

bagaimanapun, agensi kesihatan di seluruh dunia, termasuk WHO, menyatakan kebimbangan bahawa China tidak menyediakan maklumat penjujukan genom yang mencukupi untuk membuat sebarang kesimpulan secara pasti.

Sementara itu, gelombang COVID-19 yang berlaku didorong oleh dua strain Omicron yang lain iaitu BA.5.2 dan BF.7, masih berleluasa.

BHonline-

Tags: Amerika SyarikatCovid-19Subvarian Krakenwho
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BAGHDAD – Sekurang-kurangnya empat anggota tentera Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas sebuah pesawat pengisian minyak udara KC-135 Stratotanker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd