• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja 14 Tahun Ditahan Ambil Ketum

oleh Mohd Arshad
31/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Remaja 14 Tahun Ditahan Ambil Ketum
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Remaja berusia 14 tahun antara 450 orang yang ditangkap dalam Ops Tapis Khas SeMalaysia Siri Pertama 2023 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang yang diadakan pada 25 hingga 27 Januari lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, remaja terbabit ditahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun Berbahaya 1952 atas kesalahan mengambil ketum.

“Remaja terbabit yang sudah tidak lagi bersekolah ditahan di sebuah lokasi penagihan dadah di Jerantut bersama tiga rakannya yang mana seramai 51 orang turut ditahan di bawah akta sama dalam operasi yang dijalankan serentak di 11 daerah di negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Kuantan hari ini.

Dalam pada itu Ramli berkata, JSJN telah berjaya menggempur 28 lokasi penagihan dadah dengan 287 serbuan serta 532 pemeriksaan dilakukan dalam operasi berkenaan.

Katanya, daripada 450 penagih yang ditangkap, 446 daripadanya adalah lelaki dan empat daripadanya adalah perempuan berusia antara 14 dan ke atas.

“Mereka yang berusia antara 25 hingga 34 tahun antara yang paling ramai ditahan iaitu seramai 170 orang.

“Daripada jumlah itu juga, seramai 35 orang merupakan pengedar dadah, 12 daripada merupakan individu dikehendaki,” katanya.

Tambahnya lagi, daripada tangkapan itu juga, salah seorangnya merupakan seorang penjawat awam dipercayai bertugas sebagai pembantu kesihatan di sebuah hospital di Bentong.

Katanya lagi, sebanyak 57.72 gram syabu, 1,016.8 gran heroin, 17.99 gran ganja, 9.81 gram pil eramine 5, 31.17 gram pil yaba, 9.2 gran pil psikotropik dan 107.63 liter air ketum dengan keseluruhan sebanyak 1,142.69 gram dadah bernilai RM27,014 berjaya dirampas.

“Turut dirampas dalam operasi berkenaan ialah wang tunai bernilai RM470, sebuah motosikal bernilai anggaran RM7,000 di mana ia menjadikan keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM34,484,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, Ramli juga berkata, seramai 1,470 orang ditangkap atas kesalahan dadah setakat Januari tahun ini di mana berbanding tahun lalu dalam tempoh sama seramai 1,405 orang ditangkap sekali gus menunjukkan peningkatanan seramai 65 orang.

“Ini merupakan operasi pertama bagi tahun jni dan operasi seumpama ini akan diteruskan untuk membasmi permasahan dadah, perlencongan sosial dan substans di negeri ini,” ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: ketumremajaTahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Bekas PM Disaman Berhubung Penamatan Projek HSR

Next Post

Pegawai Kesihatan Persekitaran Dipenjara Sehari, Denda RM10,000

Related Posts

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Nasib 13 Tertuduh Remaja Ditentukan 11 Jun

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Nasib 13 Tertuduh Remaja Ditentukan 11 Jun

14/05/2025
0

TAWAU : Nasib 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun yang dituduh membunuh pelajar Kolej Vokasional (KV) Lahad Datu, Mohamad...

Next Post
Pegawai Kesihatan Persekitaran Dipenjara Sehari, Denda RM10,000

Pegawai Kesihatan Persekitaran Dipenjara Sehari, Denda RM10,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd