• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Tambahan RM1 Juta Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan

oleh Mohd Arshad
12/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Peruntukan Tambahan RM1 Juta Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan menerima peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta sebagai persiapan bagi menghadapi gelombang banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarahnya, Said Sidup berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk pembelian pelbagai barangan keperluan kepada mangsa banjir termasuk penyediaan makanan.

“MTL belum lagi berakhir sehingga Mac ini. Jadi, kita sudah mengambil langkah awal dengan menyediakan segala persiapan termasuk tilam, tikar, makanan seperti sardin dam lain-lain barangan keperluan termasuk kelengkapan mandian.

“Langka itu bagi mengelak bekalan keperluan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindaan sementara (PPS) terputus,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Bantuan Pasca Banjir Sempena Kembali Ke Sekolah di Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Nurul Huda di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,154 murid dan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bendang Pak Yong, SK Telok Jering dan SMU (Arab) Nurul Huda di Kajang Sebidang di sini menerima sumbangan pasca banjir.

Mengulas lanjut, menurut Said, JKM Kelantan akan membuat permohonan tambahan peruntukan pada masa akan datang bergantung kepada situasi semasa.

Katanya, permohonan peruntukan tambahan dilakukan pada tahun lalu apabila perbelanjaan daripada RM1 juta meningkat kepada RM5 juta.

“Selain itu, mangsa banjir tahun lepas meningkat dua kali ganda iaitu melibatkan 44,731 mangsa berbanding tahun sebelumnya hanya lebih 20,000 mangsa.

“Semua bekalan barangan keperluan yang disediakan habis digunakan kerana jumlah mangsa meningkat,” katanya.

-Kosmo Online

Tags: BanjirKelantanmangsa banjirPeruntukan Tambahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd