• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Dipecat Boleh Sertai BERSATU

oleh Mohd Arshad
28/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Pemimpin Dipecat Boleh Sertai BERSATU
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) sentiasa membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyertai parti itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Senator Datuk Razali Idris, berkata parti bukan sahaja membuka peluang kepada bekas pemimpin UMNO yang disingkirkan, malah kepada semua individu.

“Jika ada pemimpin UMNO yang disingkirkan atau dipecat ingin menyertai BERSATU, kita alu-alukan demi membina negara yang lebih cemerlang.

“Kita sentiasa memberi peluang kepada mana-mana individu termasuk bekas pimpinan UMNO yang disingkirkan ingin menyertai BERSATU atau parti kompenan Perikatan Nasional (PN),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam memutuskan memecat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, Khairy dan Noh yang juga bekas Pengerusi UMNO Selangor dipecat parti kerana pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan ketika Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahmad Maslan turut dilaporkan berkata, bekas Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif (Ketua UMNO Jempol) dan Shahril Sufian Hamdan (bekas Ketua Penerangan UMNO), digantung hak dalam parti selama enam tahun.

Mengulas lanjut, Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri, berkata tiada keistimewaan dan jawatan utama dalam parti akan ditawarkan kepada individu atau bekas pemimpin parti lain disingkirkan yang menyertai parti,

“Semua pihak yang ingin menyertai BERSATU termasuk bekas pemimpin UMNO yang disingkirkan perlu mengikut prosedur, termasuk mengemuka permohonan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: BERSATUPemimpin UMNOUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd