• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palestin Sambut Baik Undian PBB Mohon ICJ Nilai Penindasan Zionis

oleh Mohd Arshad
02/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Palestin Sambut Baik Undian PBB Mohon ICJ Nilai Penindasan Zionis
Share on FacebookShare on Twitter

RAMALLAH : Rakyat Palestin menyambut baik undian Perhimpunana Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan pandangan mengenai undang-undang terhadap pendudukan haram serta penindasan Zionis di wilayah Palestin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Undian itu secara tidak langsung memberi cabaran kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang baharu sahaja memegang jawatan sebagai pemimpin kerajaan minggu ini, selain menetapkan perluasan penempatan haram sebagai agenda utamanya di Tebing Barat.

“Penduduk Yahudi bukan penjajah di tanah mereka sendiri, mahupun penjajah di ibu kota Baitulmuqaddis, selain tiada resolusi PBB yang boleh memutarbelitkan kebenaran sejarah itu,” kata Netanyahu dalam satu mesej video.

Beliau juga dengan angkuh menyifatkan undian itu sebagai ‘keputusan keji’.

Disebabkan pendudukan haram itu, rakyat Palestin kini terpaksa tinggal di Gaza dan Baitulmuqaddis Timur.

Kebanyakan negara antarabangsa turut menyifatkan penempatan Israel di Palestin menyalahi undang-undang, namun ditolak Israel yang mendakwa mereka mempunyai hubungan sejarah dengan negara itu.

Menerusi undian PBB itu, seramai 87 negara anggota menyokong permohonan tersebut, manakala Israel, Amerika Syarikat (AS) dan 24 negara lain menentang, selain 53 bersikap berkecuali.

Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh berkata, sudah tiba masanya Israel bertanggungjawab terhadap jenayah berterusan yang dilakukan terhadap penduduk di negara ini.

Seorang pegawai Hamas, Basem Naim pula menyatakan, undian tersebut adalah langkah penting dalam menghapuskan pendudukan haram Israel di bumi Palestin.

-Utusan Online

Tags: ICJPalestinPenindasan ZionisUndian PBB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

17/11/2025
0

ISU TERKINI: NETANYAHU TEGAS TOLAK PENUBUHAN NEGARA PALESTIN Laporan Khas Mynewshub KUALA LUMPUR, 17 Nov – Perdana Menteri Israel, Benjamin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd