• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 2 Pagi

oleh AK-47
28/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 2 Pagi
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Waktu perkhidmatan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan hingga jam 2 pagi ini bagi menyokong keperluan pengguna menghadiri beberapa acara di sekitar Kompleks Sukan Negara di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kesemua perkhidmatan stesen lain akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir, manakala operasi bas Rapid KL bagi 20 laluan yang terpilih akan dilanjutkan hingga 2.30 pagi.

Menurut kenyataan itu, susulan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Ampang di antara Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya, penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang disediakan untuk ke Stesen LRT Bukit Jalil.

“Bagi mengelakkan kesesakan, penumpang dinasihatkan agar terus membeli token perjalanan pulang sebaik saja tiba di Bukit Jalil, ataupun menggunakan kad Touch ‘n Go dan memastikan baki kad mencukupi.

“Penumpang juga dinasihatkan mematuhi peraturan ketika menggunakan perkhidmatan rel dan bas, termasuk sentiasa memakai pelitup muka,” menurut kenyataan itu.

Berikut ialah 20 laluan bas Rapid KL yang dilanjutkan operasi hingga 2.30 pagi: 173 Lebuh Ampang – Taman Jasa Utama; 190 Lin Ho Jalan Lekiu – Hab Desa Sri Hartamas; 250 Lebuh Ampang – Stesen LRT Wangsa Maju; 772 Hab Pasar Seni – Subang Suria Mah Sing; 400 Hab Lebuh Pudu via Bukit Bintang – Damai Perdana; 450 Hab Lebuh Pudu – Hentian Kajang; 590 Hab Lebuh Pudu – Bandar Sungai Long; 600 Hab Pasar Seni – Puchong Utama; 640 Hab Pasar Seni – Hab Bas Sri Manja; 652 Batu 3 Jalan Klang Lama – Stesen LRT Awan Besar; T580 TPM via Stesen LRT Bukit Jalil – Stesen LRT Awan Besar; T582 Bandar Sri Petaling – Stesen LRT Sri Petaling; 300 Lebuh Ampang Hab – Pandan Indah; 303 Lebuh Ampang -Taman Mulia Jaya; 751 Hab Pasar Seni – Taman Sri Muda; T460 Bandar Teknologi Kajang – Stesen MRT Stadium Kajang; T803 Subang Suria – Stesen MRT Kwasa Sentral; T101 Bukit Rahman Putra – Stesen MRT Sungai Buloh; T102 Kampung Paya Jaras Hilir – Stesen MRT Sungai Buloh; T103 Sutera Damansara – MRT Damansara Damai.

-Harian Metro

Tags: LRTLRT Bukit Jalil
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jual Dadah Dalam Cecair Vape, Dua Pemuda Ditahan Polis

Next Post

Tujuh Mati Ditembak Dalam Serangan Rumah Ibadat Yahudi

Related Posts

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

04/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Orang ramai yang hendak menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini, digalakkan menggunakan...

Next Post
Tujuh Mati Ditembak Dalam Serangan Rumah Ibadat Yahudi

Tujuh Mati Ditembak Dalam Serangan Rumah Ibadat Yahudi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd