• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Mereka Lari Hampiri Kawasan Berdekatan Trek Pada Lap Terakhir’

oleh Mohd Arshad
01/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Mereka Lari Hampiri Kawasan Berdekatan Trek Pada Lap Terakhir’
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK: Penganjur pertandingan ‘CCT Battle of Champion’ yang membabitkan kemalangan maut di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, dekat sini, semalam, Yano Autopart mendakwa pihaknya pada awal perlumbaan itu sudah memastikan tiada penonton berada di kawasan berumput di mana nahas terbabit berlaku.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penyelaras acara berkenaan, Yano Al-Mahadzir, 46, berkata pihaknya telah menempatkan 10 ‘marshall’ di enam seksyen ketika pertandingan itu berlangsung.

Beliau menjelaskan, kesemua ‘marshall’ bertugas sudah diberikan taklimat sebelum pertandingan lumba kereta itu bermula.

“Pada awal perlumbaan, pihak kami sudah memastikan tiada penonton berada di kawasan itu (kawasan berumput di mana mangsa yang maut dan beberapa lagi penonton dilihat berdiri berdasarkan paparan dalam rakaman video tular).

“Namun pada ‘lap’ terakhir, mereka berlari dari kawasan tengah litar dan menghampiri kawasan berdekatan trek itu,” dakwanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau memaklumkan, insiden semalam adalah kali pertama berlaku kemalangan jiwa sepanjang tempoh hampir 10 tahun syarikatnya menguruskan pertandingan lumba kereta di Litar Dato’ Sagor.

“Dalam tempoh dua atau tiga tahun sekali, kami akan mengadakan pertandingan di litar itu.

“Saya sendiri ada menyewa ambulans dari Teluk Intan setiap kali pertandingan. Malah, saya berurusan sendiri dengan doktor yang juga pemilik ambulans itu.

“Ini adalah kali pertama kami menghadapi insiden sebegini. Sebaik saja mangsa dilanggar, doktor segera membuat pemeriksaan dan melakukan CPR (bantuan kecemasan menyelamatkan nyawa), sebelum mengejarkannya ke hospital,” katanya.

Dalam insiden kira-kira jam 3.30 petang semalam, seorang pengusaha bengkel kenderaan maut selepas dirempuh sebuah kereta lumba ketika menyaksikan pertandingan berkenaan.

Mangsa, Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32, dari Taiping, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan, akibat kecederaan parah di kepala dan pendarahan di paru-paru.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, dilaporkan berkata terdahulu dua kereta lumba dipercayai hilang kawalan selepas bergesel ketika menghampiri garisan penamat, sebelum sebuah kenderaan berkenaan terbabas ke kanan laluan litar lalu memasuki kawasan berumput yang mempunyai beberapa penonton ketika itu.

Mengulas lanjut ketika ditanya mengenai tahap keselamatan termasuk aspek tayar penghadang di litar yang didakwa tidak mencukupi, Yano mengaku perkara itu tetapi menjelaskan beliau tidak menjangka kejadian sedemikian akan berlaku.

Beliau berkata, syarikatnya yang berpangkalan di Kulim mengambil keputusan untuk mengadakan pertandingan di Litar Dato’ Sagor atas faktor ia adalah satu-satunya litar yang paling hampir dengan negeri-negeri di utara.

“Bagi kami orang utara, itulah litar paling dekat. Mahu ke Sepang atau Melaka, terlalu jauh.

“Penyertaan dibuka dari sebulan yang lalu dan 60 kumpulan pelumba mendaftar,” katanya.

Sementara itu pengendali operator Litar Dato’ Sagor, Cilik Motorsport menerusi wakilnya yang hanya mahu dikenali sebagai Razali, mendakwa bilangan tayar penghadang di litar berkenaan masih kurang memandangkan syarikat itu baru saja mengendalikan litar terbabit.

“Cilik Motorsport baru saja menyewa Litar Dato’ Sagor daripada Majlis Daerah Perak Tengah pada 2022.

“Ketika kami mula mengambil alih tugas sebagai operator litar ini pun tiada tayar penghadang langsung.

“Jadi apa yang ada ketika ini kami sendiri yang tambah, namun saya mengakui ia belum mencukupi,” dakwanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mendakwa, pihaknya juga sudah menasihati penganjur supaya menilai keadaan litar serta menambah baik faktor keselamatan sebelum pertandingan berlangsung.

“Kami sudah menyediakan ‘grandstand’, maka pastikan penonton berada di situ untuk keselamatan mereka.

“Jika tayar penghadang tidak cukup, tambah. Itu tanggungjawab penganjur,” dakwanya lagi.

Ditanya mengenai insiden semalam, Razali berkata, beliau tidak dapat memberi komen kerana tidak berada di tempat kejadian.

BHonline-

Tags: CCT Battle of ChampionLitar Dato' Sagormautnahas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPM Terus Pantau Murid Berisiko Cicir

Next Post

Pakistan Serah Senarai Fasiliti Nuklear Kepada India

Related Posts

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

22/05/2025
0

TEMERLOH, 22 Mei 2025 – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menemui ajal dalam kemalangan tragis petang semalam apabila motosikal...

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

28/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan...

Next Post
Pakistan Serah Senarai Fasiliti Nuklear Kepada India

Pakistan Serah Senarai Fasiliti Nuklear Kepada India

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd