• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mercun Bola, Bilah Pisau Antara Alat Buat Bom Bunuh Tukang Masak

oleh AK-47
07/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Mercun Bola, Bilah Pisau Antara Alat Buat Bom Bunuh Tukang Masak
Share on FacebookShare on Twitter

Ampang Jaya : Polis sudah mengambil keterangan 36 saksi berkaitan kes letupan yang mengorbankan seorang lelaki di sebuah restoran di Pandan Indah, di sini, pada 29 Disember lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.

“Kami menahan pasangan suami isteri masing-masing berusia 33 hingga 30 tahun yang dipercayai berada di lokasi ketika kejadian pada 3 Januari lalu di Serdang, Kedah.

“Hasil soal siasatan, kami melakukan serbuan di rumah suspek di Serdang, Kedah pada 5 Januari lalu dan merampas beberapa barang dipercayai digunakan sebagai bahan letupan dalam kes berkenaan.

“Selain itu, kami juga merampas sebuah Perodua Myvi disyaki digunakan suspek ketika kejadian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Sasikala berkata, tiada tangkapan baru dibuat dan pihaknya percaya penahanan pasangan suami isteri itu berjaya menyelesaikan kes berkenaan yang bermotifkan isu peribadi.

“Semua barang rampasan termasuk mercun bola dan bilah pisau dihantar ke Jabatan Kimia dan Makmal Forensik bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyampaikan maklumat tidak tepat berhubung kes ini,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan hubungan sulit antara mangsa dan isteri suspek dipercayai motif kejadian letupan bom buatan sendiri di Pandan Indah, di sini, 29 Disember lalu sehingga menyebabkan tukang masak maut.

Difahamkan, suspek bekerja sebagai pembuat seramik belajar membuat bom buatan sendiri menerusi Youtube.

Sumber dipetik berkata, tindakan mangsa yang mempunyai hubungan sulit itu sudah diketahui suspek sejak Mei tahun lalu.

Katanya, mangsa kemudian melarikan diri dari Kedah dan berpindah ke Ampang sebelum berlaku kejadian letupan berkenaan.

Dalam kejadian 8.55 malam itu, tukang masak sebuah restoran berusia 28 tahun maut apabila berlaku letupan ketika memegang bungkusan yang ditinggalkan di bonet keretanya.

Mangsa yang parah pada badan dan tangan dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia jam 9.45 malam.

Hasil siasatan di lokasi kejadian, polis menemukan beberapa objek dan kesan letupan antaranya kesan lekukan pada kereta mangsa.

-Harian Metro

Tags: Bilah PisauBomMercun Bolatukang masak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd