• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tetapkan 19 Januari Untuk Dengar Permohonan Semak Sabitan Najib

oleh Mohd Arshad
10/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Tetapkan 19 Januari Untuk Dengar Permohonan Semak Sabitan Najib
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mahkamah Persekutuan menetapkan 19 Januari ini, untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi menyemak sabitan dan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dua lagi tarikh iaitu pada 20 dan 26 Januari ini yang diputuskan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Wan Fatimah Zahara Wan Yussoff dan Siti Hajar Mustaffa, sebelum ini sudah dilapangkan.

Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul, ketika dihubungi pemberita hari ini.

Difahamkan, pendengaran pada 20 dan 26 Januari ini terpaksa dilapangkan kerana ada ahli panel terbabit dalam pendengaran kes sambung bicara yang perlu diberi keutamaan.

Bekas Perdana Menteri itu kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun dalam Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan, hukuman dan denda RM210 juta pada 23 Ogos lalu.

Najib melalui Tetuan Shafee & Co memfailkan permohonan pada 6 September lalu, meminta supaya keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan sabitan, hukuman dan denda disemak semula.

Mahkamah Persekutuan diminta menyemak keputusan pada 16 Ogos lalu yang menolak permohonannya mengemukakan bukti berkaitan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali iaitu hakim perbicaraan kes membabitkan dana SRC International.

Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan tiga pecah amanah, tiga pengubahan wang haram dan satu salah guna kuasa.

Mohd Nazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun penjara terhadap Najib dan keputusannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021.

Najib memohon rayuannya didengar semula oleh panel baharu hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh hakim dan beliau diberi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu pendengaran permohonan semakannya itu.

-Berita Harian

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakmahkamahSemak Sabitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd