• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembaga Disiplin UMNO Sudah Gantung Keahlian Noh – Isham

oleh Mohd Arshad
27/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Lembaga Disiplin UMNO Sudah Gantung Keahlian Noh – Isham
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mendakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar meminta dipecat keahlian partinya ketika mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, permintaan itu dibuat Noh yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor selepas Lembaga Disiplin UMNO memutuskan menggantung keahliannya selepas didakwa melanggar disiplin parti ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu.

“Noh sudah meminta untuk dipecat (keahlian) di mesyuarat MKT UMNO, malam ini, selepas Lembaga Disiplin UMNO meneliti dan membuat keputusan untuk menggantung keahlian beliau atas sebab perlanggaran disiplin mengikut Perlembagaan UMNO ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu.

“Sebelum ini beliau berkata, (memetik kenyataan Noh) ‘Saya bersedia untuk terima apa jua keputusan dibuat parti. Kalau hendak pecat, pecatlah, saya tidak kisah’,” katanya menerusi Facebook beliau, malam ini.

Terdahulu siang tadi, laporan media yang memetik Noh, mengesahkan beliau bersama empat pemimpin UMNO Bahagian Tanjung Karang termasuk anaknya sendiri, sudah diberi notis panggilan untuk menghadap Jawatankasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO, pada 30 Januari ini.

Ketika ditemui media di lobi Menara Dato’ Onn, malam ini, Noh mengesahkan keahliannya digantung selama enam tahun.

Beliau juga tidak akan bertemu Lembaga Disiplin Parti minggu depan, selain mengkritik cara penggantungannya yang dianggap membelakangkan proses perundangan parti.

-Berita Harian

Tags: Gantung KeahlianIsham JalilLembaga Disiplin UMNOMesyuarat MKT UMNONoh OmarUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd