• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Batang Kali-Genting Highlands Dibuka Semula Esok

oleh AK-47
05/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Laluan Batang Kali-Genting Highlands Dibuka Semula Esok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laluan Batang Kali – Genting Highlands Seksyen 14, Hulu Selangor, yang ditutup sejak 16 Disember lepas ekoran tragedi tanah runtuh akan dibuka semula pada jam 5 petang esok dengan kawalan pihak berkuasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan laluan sementara akan dibuka satu lorong sahaja dan terhad kepada pekerja di kawasan Genting Highlands yang mempunyai surat pengesahan majikan selain kenderaan kelas 1 (motokar, teksi dan kenderaan pelbagai guna) serta kenderaan kelas 6 (motosikal dan skuter).

Menurut JKR, pengguna yang menggunakan laluan tersebut tidak dibenarkan berhenti di kawasan kejadian tanah runtuh.

“Pengguna hendaklah berhati-hati ketika melalui laluan tersebut dan sila patuhi arahan papan tanda yang telah disediakan kerana kerja-kerja pemantauan cerun masih berjalan,” menurut kenyataan itu.

JKR turut menyarankan pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif iaitu laluan Ulu Yam – Batu Caves dan laluan Kuala Lumpur – Ipoh bagi mengurangkan risiko kesesakan.

Orang awam boleh menghubungi JKR Hulu Selangor di talian 03-60641046, 03-60641146, 03-60641058 dan 03-60641073 untuk sebarang pertanyaan.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada jam 2.42 pagi, 16 Disember lepas di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya itu menyaksikan 31 nyawa terkorban dan 61 selamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

-Sinar Harian

Tags: Laluan Batang Kali-Genting Highlands
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

59,000 Tiket Separuh Akhir Piala AFF Licin Terjual

Next Post

‘Langkah London’ Terlalu Jauh – Anwar

Related Posts

No Content Available
Next Post
‘Langkah London’ Terlalu Jauh – Anwar

'Langkah London' Terlalu Jauh - Anwar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd