• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Stadium Shah Alam Baharu Tak Masuk Akal – TMJ

oleh Mohd Arshad
29/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kos Stadium Shah Alam Baharu Tak Masuk Akal – TMJ
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kos lebih RM700 juta bagi pembinaan Stadium Shah Alam yang baharu sebagai tidak logik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi satu komen yang dipercayai dibuat beliau di laman Instagram dan kini tersebar di media sosial, Tunku Ismail menganggap pembinaan venue baharu Selangor FC itu adalah berharga RM2 bilion.

“SSI (Stadium Sultan Ibrahim) 400 lebih juta sahaja. Stadium ini (Stadium Shah Alam) sekurang-kurangnya 2 bilion. Kerana mempunyai teknologi yang tinggi. 700 juta lebih tidak logik,” katanya.

Stadium Shah Alam yang akan dijenamakan sebagai Kompleks Sukan Shah Alam bakal menjadi mercu tanda baharu buat pasukan Gergasi Merah yang akan dijadikan venue tetap pasukan itu.

Gelanggang serba moden itu dijangka siap pada 2026 dan kemungkinan Selangor FC boleh menggunakan stadium berkenaan pada 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menjelaskan stadium baharu itu bakal dilengkapi dengan padang boleh diubah.

Beliau berkata, stadium yang berkapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk itu turut dijangka menggunakan jenis rumput Paspalum atau Zeon Zoysia.

“Saya difahamkan rumput yang akan digunakan sama ada Paspalum atau Zoysia. Buat masa ini masih awal untuk dimuktamadkan, tapi kita akan gunakan rumput selain cowgrass.

“Stadium itu juga akan menggunakan padang boleh ubah, maksudnya ia boleh diguna untuk apa-apa program tanpa merosakkan permukaan rumput.

“Bila rumput dekat luar, dalam (stadium) itu boleh diguna pakai untuk menjalankan aktiviti komersial lain yang boleh menjana pendapat untuk stadium,” katanya.

Selain itu, bumbung gelanggang itu juga akan ditutupi dengan bumbung ‘transparent ETFE’ bagi mengelak daripada terkena hujan bagi membolehkan perlawanan diteruskan selain acara-acara ‘indoor’ dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan cuaca.

-Berita Harian

Tags: Stadium Shah Alam BaharuTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Suasana penuh meriah menyelubungi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana Johor apabila kira-kira 25,000...

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Hari Raya, Doa Kesejahteraan Umat Islam Sedunia

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Hari Raya, Doa Kesejahteraan Umat Islam Sedunia

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd