• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perlu Masa Stabilkan Bekalan Telur – Mat Sabu

oleh AK-47
05/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Perlu Masa Stabilkan Bekalan Telur – Mat Sabu
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan memerlukan masa untuk menstabilkan bekalan telur di pasaran negara ini bagi memenuhi permintaan pengguna.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, keperluan makanan memerlukan masa untuk dipulihkan.

“Dalam soal ini, kerajaan tidak boleh menentukan tempoh masa kerana ia melibatkan soal makanan. Kalau banjir kita boleh tahu jumlah kerosakan?.

“Penyakit ayam hendak datang pun kita tidak boleh nak tahu,” katanya semasa sidang akhbar Majlis Penyerahan Kit Bantuan Bencana Banjir kepada warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Kelantan di Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini, pada Khamis.

Menurut beliau, bagaimanapun kerajaan sedang berusaha untuk menstabilkan bekalan tersebut.

Ujarnya, antara usaha diambil kerajaan ialah dengan membawa masuk telur import bagi menampung keperluan rakyat.

Dalam perkembangan lain, Mohamad mendedahkan sektor pertanian dan agromakanan di negara ini mengalami kerugian RM111.95 juta akibat Monsun Timur Laut (MTL).

Katanya, berdasarkan laporan Pusat Pengurusan Bencana MAFS, ia turut menjejaskan 24,700 hektar kawasan pertanian.

“Seramai 12,000 orang petani dan penternak serta pengusaha agromakanan seluruh negara terkesan dengan bencana alam sepanjang MTL.

“Bagi meringankan beban mereka yang terkesan, peruntukan RM1 juta disediakan melalui MAFS Prihatin,” ujarnya.

Menurut beliau, bantuan tersebut merangkumi 6,700 kit sedia untuk dimasak, 3,000 kita sedia untuk dimakan dan 1,000 kit kebersihan.

Mohamad memberitahu, RM2.45 juta juga diperuntukkan melalui FAMA, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk disumbangkan kepada komuniti agromakanan.

“Ia meliputi sumbangan peralatan industri asas tani, jentera mekanisasi serta peralatan-peralatan sokongan bersesuaian.

“Kementerian juga menyumbang sejumlah RM1 juta melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berupa bantuan makanan dan ubat-ubatan ternakan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Bekalan TelurKerajaanMat Sabu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Disangka Mati, Mangsa Kemalangan 6 Hari Terbaring Di Tepi Jalan

Next Post

Najib Fail Petisyen Kepada Agensi PBB Minta Dibebaskan

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

KPKM Jamin Bekalan Telur Ayam Mencukupi

KPKM Jamin Bekalan Telur Ayam Mencukupi

22/03/2025
0

SHAH ALAM – Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan telur ayam di negara ini kekal mencukupi dan stabil bagi memenuhi permintaan...

Next Post
Najib Fail Petisyen Kepada Agensi PBB Minta Dibebaskan

Najib Fail Petisyen Kepada Agensi PBB Minta Dibebaskan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd