• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenaikan Kos Tunai Umrah: Industri Pelancongan Bersifat Pasaran Bebas – MATTA

oleh Mohd Arshad
27/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kenaikan Kos Tunai Umrah: Industri Pelancongan Bersifat Pasaran Bebas – MATTA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan terus memantau dan menjalin kerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan penjualan pakej umrah kekal mampan dan adil.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bendahari MATTA, Nigel Wong Chun Teim, berkata pelanggan juga perlu memainkan peranan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan jika terdapat sebarang isu berkaitan pakej umrah ketika ini.

“Pelanggan mempunyai kuasa untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika mendapati pakej umrah ketika ini mahal dan tidak adil,” katanya selepas taklimat media MATTA Fair 2023 di sini, hari ini.

Sementara itu, bekas Presiden MATTA, Datuk Hamzah Rahmat pula berkata isu kenaikan harga pakej umrah adalah perkara biasa yang turut berlaku di kebanyakan pakej pelancongan lain.

Beliau berkata ini kerana industri pelancongan adalah industri perdagangan bebas.

Katanya, dalam sektor tiket penerbangan, semua pihak boleh memilih untuk membeli daripada pelbagai sumber yang disediakan.

Malah katanya, jika terdapat permintaan, syarikat penerbangan akan menyediakan tiket lebih banyak kerana ia adalah ekosistem perniagaan mereka.

“Semua ini berkaitan dengan penawaran dan permintaan. Angka jemaah umrah dari Malaysia juga melonjak berkali ganda.

“Kita juga perlu memahami pembukaan sempadan global adalah secara serentak dan semua pihak mengejar untuk mendapatkan kembali perniagaan.

“Ini menyebabkan apa yang terjadi ketika ini adalah di luar kawalan agensi pelancongan atau persatuan pelancongan,” katanya.

Ditanya adakah agensi pelancongan termasuk umrah boleh menjual tiket penerbangan kepada pihak lain termasuk pelancong luar negara, Hamzah berkata, ia adalah satu pasaran terbuka.

Beliau berkata, konsep pasaran terbuka adalah terdapatnya permintaan pembelian dan penjualan.

“Malaysia juga boleh beli dari Indonesia jika mereka mahu. Tiada had atau kekangan.

“Agensi pelancongan terbabit secara dasarnya hanya melaksanakan perniagaan mereka.

“Mereka beli tiket penerbangan dalam kuantiti yang besar dan menjualnya semula bagi menjana kembali pelaburan. Siapa ingin beli, dia akan beli.

“Ini adalah amalan perniagaan bukan hanya untuk umrah tetapi pelancongan lain di seluruh negara ,” katanya.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, jika terdapat agensi umrah berskala kecil yang terkesan, mereka seharusnya menjadikan isu ini sebagai satu cabaran dan perlu lebih kreatif dalam persaingan.

Beliau berkata, dalam industri pelancongan ketika ini, jika mempunyai inovasi mereka akan mampu menanganinya.

“Perkara ini selalu saya cakap sejak dulu lagi. Agensi yang kecil perlu lebih kreatif dalam bersaing dengan agensi besar.

“Mereka boleh membuat gabungan beberapa agensi kecil, kumpul dana bersama dan membeli tiket penerbangan dalam kuantiti yang besar.

“Atau mereka boleh menubuhkan satu kesatuan atau koperasi yang membolehkan bersaing dengan agensi besar,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Industri PelanconganKos Tunai UmrahMATTAPasaran Bebasumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

12/11/2023
0

Riyadh : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikan umrah bersama isteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd