• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Ketatkan Kawalan Sempadan COVID-19 Untuk Pengembara Dari China

oleh Mohd Arshad
04/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Jepun Ketatkan Kawalan Sempadan COVID-19 Untuk Pengembara Dari China
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO: Jepun akan memperketatkan langkah kawalan sempadan ke atas pengembara dari China apabila mengkehendaki mereka mengemukakan keputusan ujian negatif COVID-19 sebelum pesawat berlepas dari republik itu, umum Perdana Menteri, Fumio Kishida hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketetapan itu sebagai tindak balas bagi membendung peningkatan jangkitan COVID-19 membabitkan pengembara dari negara itu.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan akan terus meminta syarikat penerbangan untuk mengehadkan penerbangan tambahan dari republik berkenaan.

“Sekatan yang diperlukan masih dilaksanakan kerana kami mengambil semua langkah yang mungkin untuk mencegah jangkitan,” katanya.

Menurut Kishida, keputusan itu menyusul selepas beberapa negara mengumumkan langkah sama.

Berdasarkan data direkodkan Kementerian Kesihatan Jepun, sebanyak 53 daripada 56 pelancong antarabangsa disahkan positif COVID-19 semasa tiba di lapangan terbang pada Selesa lalu, adalah dari China.

Isnin lalu, sebanyak 26 pengunjung diuji positif adalah dari China.

Suruhanjaya Eropah Selasa lalu memaklumkan, kebanyakan negara Kesatuan Eropah (EU) cenderung untuk mengenakan ujian praberlepas untuk pelancong dari China.

Susulan pengumuman sekatan itu, Beijing menyifatkan ia sebagai diskriminatif selepas Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain melakukan perkara sama.

Dalam pengumuman berasingan, Kementerian Luar Jepun mengumumkan penerbangan terus dari Hong Kong dan Macau akan dibenarkan mendarat di lapangan terbang selain Narita dan Haneda dekat Osaka, Chubu dekat Nagoya bagi mengurangkan sekatan yang diarahkan minggu lalu.

Tambahnya, syarikat penerbangan mesti menahan penerbangan tambahan dari Hong Kong dan hab perjudian Macau selepas senarai destinasi lapangan terbang diperluas pada Ahad lalu.

BHonline-

Tags: ChinaCovid-19jepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd