• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Bintang Terlepas Dari Zoo, Netizen Kaitkan Dengan Filem Madagascar

oleh Mohd Arshad
15/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Harimau Bintang Terlepas Dari Zoo, Netizen Kaitkan Dengan Filem Madagascar
Share on FacebookShare on Twitter

AUSTIN, TEXAS – Seekor harimau bintang yang terlepas dari sebuah zoo telah menimbulkan huru-hara bukan sahaja dalam kalangan penduduk di Dallas, negeri Texas, bahkan di laman Twitter, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Harimau bintang yang dinamakan Nova itu mengejutkan penjaganya apabila ia didapati hilang dari kandang kelmarin.

Zoo Dallas pada awalnya mengumumkan penutupan pada hari tersebut ‘kerana situasi yang serius’.

Pengguna di Twitter kemudian saling berkongsi cara-cara terbaik untuk menangkap haiwan buas tersebut.

“Saya tidak mengatakan bahawa saya lebih bertanggungjawab daripada Zoo Dallas, tetapi saya tidak pernah kehilangan seekor harimau bintang,” kata seorang netizen.

Selain itu, pengguna bernama Jomi Adeniran turut berkongsikan gambar watak penguin licik dari film animasi terkenal, Madagascar yang mengetuai beberapa haiwan zoo untuk melarikan diri.

“Hanya ada satu pasukan yang saya tahu boleh membawa harimau bintang itu keluar dari Zoo Dallas tanpa dikesan,” ciapnya sambil merujuk kepada watak kawanan penguin dalam filem tersebut.

Nova akhirnya dikesan selepas usaha mencari haiwan seberat 9 hingga 11 kilogram (kg) itu ditumpukan di bahagian atas pokok.

“Kami sangat teruja untuk melaporkan bahawa kami menemui harimau bintang Nova di kawasan zoo kira-kira pukul 4:40 petang (waktu tempatan).

“Ia berada sangat dekat dengan habitat asal dan pasukan kami dapat menangkapnya dengan selamat sebelum pukul 5:15 petang (waktu tempatan),” demikian menurut kenyataan Zoo Dallas.

-Kosmo Online

Tags: Harimau BintangMadagascarzoo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lima ‘Superman’ Tewas

Next Post

Tuduhan Rafizi Bagaikan Menghina Pengundi – Sanusi

Related Posts

Taufan Batsirai: 20 Maut, 55,000 Hilang Tempat Tinggal Di Madagascar

08/02/2022
0

TAUFAN Batsirai yang melanda Madagascar telah mengorbankan 20 mangsa manakala 55,000 yang lain kehilangan tempat tinggal. Kejadian angin dan hujan...

Sembilan Ekor Serigala Terlepas, Zoo Terpaksa Ditutup Serta-merta

25/12/2021
0

Montredon-Labessonnie: Gara-gara sembilan ekor serigala terlepas daripada jagaan, sebuah zoo di selatan Perancis terpaksa ditutup sementara untuk memastikan keselamatan pengunjung....

Next Post
Tuduhan Rafizi Bagaikan Menghina Pengundi – Sanusi

Tuduhan Rafizi Bagaikan Menghina Pengundi - Sanusi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd