• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Mayat Ditemui Selepas Kapal Layar Hanyut Secara Misteri

oleh Mohd Arshad
03/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Empat Mayat Ditemui Selepas Kapal Layar Hanyut Secara Misteri
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Empat mayat ditemui selepas sebuah kapal layar sepanjang 64.37 meter (m) dicuri dan hanyut secara misteri dengan sendirinya di Thailand, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sekitar seminggu lalu, seorang lelaki Jerman bernama Marco Ceferin melaporkan kapal layarnya yang dinamakan Marco Polo hilang dari tambatan di pantai Nai Harn, Phuket.

Imej sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan tiga orang menaikinya sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) pada 28 Disember tahun lalu dan ia kemudian kelihatan hanyut dengan sendiri tanpa sesiapa pun mengendalikannya.

Laporan media tempatan mendakwa kapal layar itu mengheret sauh dan hanyut ke arah Kepulauan Nicobar yang terletak berdekatan.

Bagaimanapun, empat mayat telah ditemui di Kepulauan Ko Racha Noi yang sangat dekat dengan tempat kapal layar itu ‘terlepas’ dari tambatannya.

Penemuan itu dibuat sekitar pukul 12.35 tengah hari (waktu tempatan), hanya 24 jam selepas seorang nelayan tempatan, Apiwat Konsgawat menemui dua mayat di pulau lain yang berhampiran.

Pusat Perintah Penguatkuasaan Maritim Thailand (ThaiMECC 3) menemui semua mayat tersebut sejurus selepas itu dengan pekerja-pekerja penyelamat dan pegawai-pegawai menaiki bot yang terletak kira-kira 300 meter jauhnya tidak lama kemudian.

Tidak jelas sama ada Marco Polo adalah kapal layar yang telah ditemui itu.

Namun, ia adalah satu-satunya kapal layar yang dilaporkan hilang sejak kebelakangan ini.

-Kosmo Online

Tags: kapal layarMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd