• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duta Baharu Ke Indonesia Akan Diumum PM

oleh Mohd Arshad
07/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Duta Baharu Ke Indonesia Akan Diumum PM
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG: Nama duta besar Malaysia yang baharu untuk ditugaskan ke Indonesia bakal diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ketika ditanya mengenai siapakah akan mengisi jawatan duta yang ke-18 di republik berkenaan.

“Insya-Allah sudah ada nama calon itu di peringkat akhir sebelum diumum tidak lama lagi,” kata beliau dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur di sini.

Jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia mengalami kekosongan sejak Datuk Zainal Abidin Bakar yang dilantik pada 21 Mac 2019 kemudian bersara wajib pada 4 April 2021.

Sebelum ini, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disenaraikan oleh pentadbiran terdahulu namun namanya itu secara tiba-tiba digugurkan saat-saat akhir pada 11 September 2022.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu mendakwa konon pelantikannya ditangguh meskipun ada sumber mengesahkan namanya dilucutkan kerana beberapa kenyataan kontroversi.

Kedudukan Indonesia amat penting malah canseri negara ini di Jakarta adalah pejabat perwakilan diplomatik Malaysia yang terbesar daripada semua 107 misi di seluruh dunia.

Sidang akhbar Zambry itu diadakan bersempena dengan lawatan rasmi julung kali Anwar ke republik tersebut setelah dilantik sebagai pemimpin kerajaan pada 24 November lepas.

Mengulas lanjut, menteri itu bagaimanapun enggan menyatakan sama ada nama calon kali ini melibatkan pelantikan individu politik atau dari kalangan pegawai awam sendiri.

“Saya tak dapat sebut namun biarlah ia diumumkan sendiri Perdana Menteri dan proses saringan akhir sedang dilaksanakan kerajaan sebelum ia dimuktamadkan,” jelasnya lagi.

Beliau turut enggan mendedahkan sama ada sesi pertemuan antara Anwar dan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Bogor pada Selasa depan ada membincangkan isu itu

Kelazimannya, dari segi prosedur protokol diplomatik, senarai nama duta baharu yang dicadangkan perlu mendapat persetujuan negara tuan rumah sebelum boleh diluluskan.

Negara hos itu pula kebiasaannya akan meneliti laporan yang disediakan pihak kedutaan di negara terbabit termasuk latar belakang calon duta sama ada sesuai atau sebaliknya.

Situasi kemungkinan boleh menjadi bertambah rumit jika nama calon berkenaan ada isu tertentu di negaranya dan keadaan tersebut turut dialami pelbagai negara seluruh dunia.

Bagaimanapun, menteri luar sebelum ini, Datuk Seri Saifuddin Abdullah membayangkan duta baharu Malaysia selepas ini tiada lagi lantikan politik bagi mengelakkan kemelut itu.

UtusanOnline-

Tags: Anwar IbrahimdutaIndonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

11/01/2026
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, meluahkan keprihatinan mendalam terhadap realiti negaranya yang kaya dengan sumber daya alam, namun masih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd