• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Sesi Persekolahan Bermula Pukul 8 Pagi

oleh Mohd Arshad
31/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cadang Sesi Persekolahan Bermula Pukul 8 Pagi
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan dicadangkan memulakan sesi persekolahan di Semenanjung bermula pukul 8 pagi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian dan Kesejahteraan, Pendidkan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Anuar Ahmad berkata, cadangan itu adalah selaras atau meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.

Katanya, kerajaan sepatutnya ada rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal pukul 4.30 pagi.

“Jika di bandar terpaksa meredah kesesakan jalan raya seawal pukul 6 pagi untuk ke sekolah.

“Di sekolah pedalaman pula, anak-anak kecil terpaksa jalan becak dan berlumpur. Ada yang terpaksa meredah denai kecil. Ada anak-anak yang terpaksa berperahu ke sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, langkah itu bagi membolehkan anak-anak sempat bersarapan bersama keluarga berbanding sebelum ini lebih kepada bergegas ke sekolah.

“Sekiranya kerajaan prihatin dengan kesejahteraan dan kesihatan rakyat, apa salahnya kita lakukan sesuatu yang betul untuk rakyat dengan mulakan sesi persekolahan pada pukul 8 pagi,” katanya.

Untuk rekod sesi persekolahan ketika ini bermula pukul 7.30 pagi.

Sebelum ini, cadangan sama pernah dilontarkan Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2018.

Jelasnya, Sekolah-sekolah bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) bermula pukul 8 pagi, berbanding 7.30 pagi di sekolah kelolaan kementerian.

Pendekatan, katanya, mendapat respon positif ibu bapa dengan kerana memberi ruang lebih selesa kepada ibu bapa sekali gus mengelak suasana kelam kabut aliran trafik pada waktu pagi.

-Kosmo Online

Tags: Sesi Persekolahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Lelaki Didakwa Bunuh Jurukimpal

Next Post

Ustazah Berang Difitnah, Pukul Guru Hingga Parah

Related Posts

200 Kanak-kanak GISBH Ikuti Sesi Persekolahan Akan Datang

200 Kanak-kanak GISBH Ikuti Sesi Persekolahan Akan Datang

08/02/2025
0

SHAH ALAM - Sebanyak 200 kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal dikaitkan dengan GISBH Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Selangor,...

Himpunan Lima Planet Serentak Di Angkasa Malam Ini

KPM Setuju Kembalikan Sesi Persekolahan Kepada Januari

28/03/2023
1

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju mengembalikan semula pembukaan sesi persekolahan kepada Januari, namun pelaksanaanya bukan dalam masa terdekat...

Next Post
Ustazah Berang Difitnah, Pukul Guru Hingga Parah

Ustazah Berang Difitnah, Pukul Guru Hingga Parah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd