• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakar Al-Quran Di Sweden: Malaysia Gesa Perangi Islamofobia

oleh AK-47
23/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bakar Al-Quran Di Sweden: Malaysia Gesa Perangi Islamofobia
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk bekerjasama memerangi sentimen Islamofobia dan menggalakkan hubungan harmoni serta kewujudan bersama secara aman dalam kalangan individu yang berbeza agama dalam komuniti global yang pelbagai.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan komuniti antarabangsa bagi mencegah dan menghapuskan segala bentuk keganasan serta kebencian terhadap Islam termasuk sentimen islamofobia dan ekstremisme.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar (Wisma Putra) berikutan tindakan Islamofobik ahli politik Sweden-Denmark yang ekstrim Rasmus Paludan yang bertindak membakar senaskah al-Quran di Stockholm, Sweden pada Sabtu (21 Januari) dan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu.

“Tindakan keji ini jelas merupakan serangan secara terang-terangan terhadap Islam dan umat Islam di seluruh dunia yang telah melampaui batas moral dan norma hak kebebasan bersuara.

“Ketaksuban, perkauman dan penodaan keji terhadap kitab suci itu, tanpa mengira agama, adalah tidak boleh diterima dan wajar dikutuk. Malaysia mengulangi bahawa kebebasan bersuara tidak boleh disamakan dengan kebebasan menghina. Ia bertentangan dengan prinsip sejagat dalam menghormati agama,” katanya.

Malaysia menggesa kerajaan Sweden untuk mengambil tindakan segera terhadap pelaku perbuatan terkutuk ini dan mengambil langkah yang serius untuk memerangi sentimen Islamofobia yang semakin membimbangkan di negara itu.

“Tindakan kerajaan Sweden untuk tidak mengambil sebarang tindakan bagi menghentikan aktiviti yang melampau ini, walaupun terdapat beberapa bantahan daripada pelbagai pihak, tidak boleh diterima sama sekali dan boleh memberi kesan yang serius terhadap hubungan antara Sweden dan umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Rasmus Paludan, ketua parti sayap kanan Denmark Stram Kurs mendapat kebenaran untuk membakar al-Quran pada Sabtu di luar Kedutaan Turki di Stockholm yang mencetuskan kemarahan dunia Islam.

-Malaysia Kini

Tags: Al-QuranBakar Al-Quran Di SwedenIslamofobiaMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd