• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Kira Hubungan Dengan UMNO Sebelum Terima Khairy Sertai PKR

oleh AK-47
29/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ambil Kira Hubungan Dengan UMNO Sebelum Terima Khairy Sertai PKR
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Sebarang cadangan bagi penyertaan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ke dalam PH perlulah dibincangkan di peringkat kepemimpinan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sebarang keputusan mengenai perkara itu perlulah mengambil kira situasi di mana UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu sendiri mempunyai kerjasama dan persefahaman yang baik dengan PH dalam pembentukan kerajaan perpaduan ketika ini.

“Mungkin ada perbincangan secara tidak formal, tetapi jika secara formal ia mesti diputuskan di peringkat kepemimpinan presiden PH, itu sahaja, jika ia diputuskan, saya rasa itu tidak jadi masalah.

“Perlu juga dilihat dalam kerajaan perpaduan ini, telah ada persefahaman dan kerjasama yang baik, apabila satu di ambil tindakan, adakah perkara itu baik untuk parti yang lain menerima, kerana (mereka) sahabat dalam sebuah kerajaan, itu amat penting juga dinilai.

“Saya tidak mahu komen panjang, di peringkat ini, ia perlu diputuskan, mungkin diterima, pihak sana (UMNO) okay, boleh terima, itu mungkin kita boleh diterima, kalau pihak sana terasa dan terguris,ia boleh datangkan masalah, saya rasa perkara itu, biarlah diputuskan oleh Majlis Presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kad Anak Peringkat Negeri Sembilan di Senawang di sini hari ini.

Kelmarin UMNO membuat keputusan memecat keahlian Khairy dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Kemudiannya, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, penyertaan Khairy sebagai ahli PKR perlu dibincangkan dalam kepemimpinan parti dan beliau tidak boleh keseorangan membuat keputusan itu dan tanpa perlu dilakukan secara kolektif oleh semua pemimpin PKR.

Katanya lagi, desas-desus berita kemasukan Khairy ke PKR masih bersifat spekulasi dan hanyalah pramatang.

Sementara itu, Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan ketika ditanya sama ada isu yang dihadapi oleh UMNO ketika ini memberi kesan dalam persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak, beliau berpandangan kepemimpinan UMNO diyakini mampu membuat penjelasan sebaiknya kepada penyokong mereka di peringkat akar umbi.

“Bagi saya itu ‘rumah tangga’ mereka, saya rasa pimpinan mereka mampu atasi dan memberikan sebab mengapa mereka ambil keputusan itu. Ada masa lagi untuk mereka jelaskan kepada ahli-ahli, pimpinan UMNO saya yakin akan turun padang dan jelaskan.

“Di peringkat PH di negeri ini, saya minta semua pimpinan untuk kuatkan parti untuk hadapi PRN yang semakin hampir, tugas kami adalah untuk kukuhkan parti manakala tugas mereka (UMNO) untuk jelaskan,” katanya lagi.

-Utusan Online

Tags: hubunganKJPKRUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd