• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

74 Sekolah Di Terengganu Terjejas Banjir

oleh Mohd Arshad
01/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
74 Sekolah Di Terengganu Terjejas Banjir
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Sebanyak 74 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri ini terjejas apabila ditenggelami air ketika bencana banjir besar yang melanda, baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Abdul Muie Ngah berkata, daerah Hulu Terengganu merekodkan bilangan sekolah paling banyak terjejas iaitu 17 buah.

Menurutnya, sebanyak 11 buah sekolah di daerah Dungun turut ditenggelami air manakala 10 lagi di Setiu, sembilan di Besut, lapan di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu selain tujuh di Kemaman dan empat di Marang.

“Kesemua sekolah yang terjejas ini melibatkan 5,386 orang murid dan pihak JPNT masih menilai anggaran kos kerugian akibat kerosakan harta benda sekolah.

“Buat masa ini apa yang telah dilakukan adalah mengagihkan lebihan stok seperti kerusi dan meja dari sekolah lain ke sekolah yang terkesan dengan banjir terutama di Besut, Kemaman dan Setiu.

“Selain itu, sekolah juga dibenarkan untuk guna lebihan bantuan wang asrama bagi membaiki kerosakan,” katanya selepas meninjau permulaan penggal tiga sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Rusa di sini hari ini.

Abdul Muie memberitahu, semua 352 sekolah rendah dan 153 sekolah menengah di seluruh negeri kembali dibuka pada sesi persekolahan bermula hari ini.

Beliau menjelaskan, bencana banjir yang terburuk itu telah berjaya diatasi dengan kehadiran penuh pelajar ke sekolah serta kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa dan guru.

“Walaupun musibah banjir yang melanda cukup luar biasa dan ada sekolah yang baru siap dibersihkan semalam, sesi persekolahan tetap diteruskan seperti biasa.

“Tiada rungutan daripada ibu bapa dan jika ada, murid boleh datang ke sekolah dengan berpakaian biasa dan sopan. Apa yang penting sesi pembelajaran dapat dijalankan,” katanya.

Banjir gelombang pertama yang pulih sepenuhnya semalam melanda kesemua lapan daerah di Terengganu disifatkan antara terburuk sejak 40 tahun lalu.

Lebih 41,000 penduduk yang terjejas telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah terlibat sepanjang tempoh banjir tersebut.

-Utusan Online

Tags: BanjirSekolahTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd