• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20,131 Kesan Vaksin Dilapor Setakat 26 Disember

oleh Mohd Arshad
01/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
20,131 Kesan Vaksin Dilapor Setakat 26 Disember
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menerima 20,131 Laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) setakat 26 Disember lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah yang diterima itu adalah daripada penerima vaksin Covid-19 MRNA Comirnaty (Pfizer) yang bersamaan 499 laporan bagi setiap sejuta dos.

Beliau berkata, berdasarkan laporan itu, 94.2 peratus adalah kes-kes yang tidak serius, bersifat sementara dan tidak menimbulkan sebarang potensi risiko kepada kesihatan penerima vaksin.

“Demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan merupakan antara kesan advers yang kerap dilaporkan penerima vaksin.

“Daripada jumlah keseluruhan AEFI, 1,162 laporan dikategorikan sebagai AEFI serius berdasarkan klasifikasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Daripada 1,162 laporan AEFI serius itu, hanya satu kes radang otot jantung yang berkemungkinan mempunyai hubung kait dengan vaksin Comirnaty yang diambil,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, kadar pelaporan di Malaysia adalah konsisten seperti yang dilaporkan di luar negara dan profil keselamatan vaksin Comirnaty adalah pada tahap yang boleh diterima.

Noor Hisham berkata, ia juga tidak menunjukkan peningkatan risiko myocarditis/pericarditis, acute facial paralysis, strok dan myocardial infarction dalam tempoh 21 hari selepas penerimaan vaksin Comirnaty.

Menurutnya, sejak bermulanya Program Imunisasi Covid-18 Kebangsaan (PICK) pada 24 Februari 2021 sehingga 26 Disember lalu sejumlah 44,813,270 dos vaksin Comirnaty diberikan.

“Sehingga 26 Disember lalu, kadar pelaporan tempatan untuk AESI adalah anaphylaxis (1.6 bagi setiap sejuta dos), acute facial paralysis (2.0 bagi setiap sejuta dos), myocarditis/ pericarditis (1.5 bagi setiap sejuta dos) dan VITT (0.02 bagi setiap sejuta dos),” katanya.

Katanya, KKM turut menggalakkan ahli profesional kesihatan dan penerima vaksin untuk melaporkan kesan AEFI yang dialami melalui saluran disediakan.

Jelasnya lagi, penerima vaksin yang mengalami AEFI boleh membuat notifikasi melalui aplikasi MySejahtera untuk kesan advers tidak serius yang disenaraikan dalam aplikasi tersebut.

Selain itu, katanya, laporan AEFI juga boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang pelaporan untuk pengguna, iaitu Consumer Side Effect Reporting Form (ConSERF) yang boleh diakses di laman sesawang NPRA ( www.npra.gov.my ).

UtusanOnline-

Tags: AEFIKKMTan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd