• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Pertuduhan Sabotaj Parti Terhadap Noh Omar

oleh Mohd Arshad
28/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
16 Pertuduhan Sabotaj Parti Terhadap Noh Omar
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Penggantungan keahlian bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar adalah disebabkan terdapat 16 pertuduhan terhadap beliau yang mensabotaj parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, keputusan menggantung keahlian Noh bukan disebabkan beliau tidak bersetuju dengan usul tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti yang dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022).

“Keputusan untuk menggantung bukan berdasarkan beliau tidak bersetuju dengan usul yang dibawa dalam PAU lalu tetapi pau ada 16 pertuduhan dibuat kepada beliau mensabotaj parti dalam PRU-15.

“Yang mana kita tahu ada calon, Datuk Habibah dikemukakan parti dalam PRU lalu mewakili BN Tanjung Karang.

“Jadi tuduhan itu terbukti, disemak, dikaji dan disiasat Lembaga Displin. Perlu diingat calon Bebas yang bertanding di Tanjung Karang adalah pegawai khas Noh sendiri.

“Jadi tak benar jika keputusan menggantung beliau dibuat Lembaga Displin berdasarkan beliau tidak bangun menyokong usul yang dibuat,” katanya pada sidang media di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.

Megat Zulkurnain berkata, Noh masih boleh merayu memandangkan semua individu berpeluang untuk berbuat demikian.

“Noh ada buat kenyataan menyatakan bahawa beliau minta untuk dipecat walaupun pada peringkat awal digantung selama enam tahun. Saya fikir mesyuarat bersetuju dengan permintaan dia.

“Itu apa yang dia nak. Dia meminta dipecat dan akhirmya semua bersetuju dan dia masih ada peluang untuk membuat rayuan kalau dia nak,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Noh digantung keahlian selama enam tahun menerusi keputusan dibuat Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam ini.

Noh berkata, perkara itu dimaklumkan menerusi ucapan mukadimah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat itu.

Semalam, Ahmad Zahid memaklumkan akan ada pembersihan besar-besaran terhadap mereka yang mensabotaj parti dan calon pada pilihan raya umum lalu.

Kenyataan itu secara tidak langsung memberi isyarat beberapa pemimpin bakal disingkirkan dalam Mesyuarat MKT UMNO, malam ini.

Pada PAU 2022, usul tambahan diluluskan supaya tidak ada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti, iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

-Harian Metro

Tags: Noh OmarpertuduhanSabotaj Parti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kemasukan KJ Ke PKR Perlu Dibincang

Next Post

Pemimpin Dipecat Boleh Sertai BERSATU

Related Posts

Perbicaraan Muhammad Sanusi Atas Pertuduhan Menghasut Bermula Esok

Perbicaraan Muhammad Sanusi Atas Pertuduhan Menghasut Bermula Esok

21/07/2024
2

Kuala Lumpur : Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu...

Pertuduhan Ibu Bapa Zayn Rayyan Libatkan Pengabaian Bukan Penderaan – Peguam

Pertuduhan Ibu Bapa Zayn Rayyan Libatkan Pengabaian Bukan Penderaan – Peguam

13/06/2024
0

PETALING JAYA - Pertuduhan melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin adalah mengenai pengabaian dan bukannya penderaan yang menyebabkan kecederaan...

Next Post
Pemimpin Dipecat Boleh Sertai BERSATU

Pemimpin Dipecat Boleh Sertai BERSATU

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd