• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Saksi Mungkin Dipanggil Kes PU Azman Di Seremban

oleh Mohd Arshad
31/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
12 Saksi Mungkin Dipanggil Kes PU Azman Di Seremban
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 24 Julai hingga 28 Julai ini sebagai tarikh perbicaraan pendakwah selebriti, Azman Syah Alias, 42, bagi lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam prosiding sebutan semula hari ini, Hakim Datin Surita Budin, berkata seramai 12 saksi pendakwaan mungkin dipanggil bagi memberi keterangan yang terdiri daripada doktor, ibu bapa, mangsa dan pegawai penyiasat.

Terdahulu, Peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili Azman Syah memberitahu mahkamah pihak pembelaan akan mengemukakan representasi selepas menerima dokumen kes di mahkamah lain membabitkan pengadu dan mangsa sama.

Tambahnya, ia bertujuan mengenal pasti sama ada kes di mahkamah berkenaan mempunyai perkaitan dengan kes di Mahkamah Seremban atau sebaliknya.

“Dalam kes ini terdapat 12 pertuduhan dan ada empat pengadu. Ada kemungkinan kita akan menghantar alibi.

“Jadi saya mencadangkan puan (Surita) menetapkan tarikh bicara kerana pertuduhan terhadap tertuduh membabitkan empat mahkamah termasuk di Shah Alam, Klang dan Ampang,” katanya.

Surita kemudian menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh untuk keputusan representasi.

Sebelum itu, Azman Syah atau nama pentasnya PU Azman tiba di Kompleks Mahkamah Seremban jam 9 pagi dengan memakai kurta berwarna biru gelap, ditemani Mohamad Zahid.

Ditanya dirinya yang kini kelihatan aktif semula di Instagram, PU Azman atau lebih dikenali Cik Man memberitahu, ramai yang menghantar soalan peribadi dan agama kepadanya.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak ada masalah untuk menjawab soalan itu dan kadang-kadang ada yang tanya soalan berulang. Alhamdulillah saya juga sihat. Doakan,” katanya ringkas.

Pada 21 Disember lalu, Cik Man didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang dengan satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun.

Pada 7 Disember lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Klang atas empat pertuduhan melakukan amang dan komunikasi seksual serta kelucahan melampau pada tiga remaja lelaki tahun ini.

Tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada tahun sama pada 12 Oktober.

PU Azman tidak mengaku bersalah bagi kesemua pertuduhan berkenaan.

-Berita Harian

Tags: Kes PU AzmanPU Azmansaksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Lebih 50 hari berlalu sejak tragedi meragut nyawa Muhammad Amirul Shafiq Abdullah, 20, namun keluarganya terus menunggu keadilan...

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd