• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Berjanji Akan Terus Beli Pemain Terbaik Negara

oleh Mohd Arshad
26/12/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
TMJ Berjanji Akan Terus Beli Pemain Terbaik Negara
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Tunku Ismail Sultan Ibrahim berrjanji akan terus membawa masuk pemain terbaik negara ke Johor Darul Ta’zim (JDT) dan hanya akan melepaskan mereka kepada pasukan kebangsaan pada kejohanan yang berada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut pemilik JDT itu, ramai yang membuat ‘bising’, namun tidak pernah belajar sesuatu sejak 10 tahun lalu dan tidak boleh menerima hakikat kejayaan Harimau Selatan.

“Well done boys. Ramai yang menyalak setiap tahun. 10 tahun masih tak belajar dan tak terima kejayaan kami.”

“Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermain bunga api setiap tahun. Betapa untungnya keluarga JDT. Setiap tahun ada perkembangan, setiap tahun Allah kurniakan kejayaan,” katanya dalam InstaStory semalam.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu juga berkata, kejayaan Malaysia melayakkan diri ke Kejohanan Asia selepas 43 tahun menanti turut melibatkan kudrat para pemain JDT yang mewakili Harimau Malaya.

“Piala AFF ada yang tak berakal bising, agaknya dia lupa Malaysia layak Piala Asia pemain JDT yang berhempas pulas.

“Oleh yang demikian, sama macam kenyataan saya sebelum ini, saya akan terus membunuh bola sepak Malaysia.

“Hari ini saya berjanji akan terus beli pemain-pemain hebat dalam negara, dan hanya lepaskan mereka untuk sertai pasukan kebangsaan dalam kalendar FIFA sahaja,” katanya.

Dalam kempen Piala AFF 2022 yang sedang berlangsung, anak-anak buah Kim Pan Gon mempamer prestasi baik apabila mencatat dua kemenangan dalam dua aksi Kumpulan B, sekali gus berpeluang untuk mara ke separuh akhir.

Di sebalik kejayaan itu, skuad tersebut dianggotai ramai muka baharu dengan hanya seorang pemain JDT iaitu Safawi Rasid.

Tonggak JDT lain tidak dapat menyertai skuad Harimau Malaya kerana tidak mendapat pelepasan kelab ekoran Piala AFF dilangsungkan di luar kalendar FIFA.

-Utusan Online

Tags: Pemain Terbaik NegaraTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Suasana penuh meriah menyelubungi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana Johor apabila kira-kira 25,000...

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Hari Raya, Doa Kesejahteraan Umat Islam Sedunia

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Hari Raya, Doa Kesejahteraan Umat Islam Sedunia

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd