• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tapak Perkhemahan Bergegar Disusuli Bunyi Kuat Sebelum Ditimbus Tanah’

oleh AK-47
16/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
‘Tapak Perkhemahan Bergegar Disusuli Bunyi Kuat Sebelum Ditimbus Tanah’
Share on FacebookShare on Twitter

“Saya dengar bunyi kuat seperti guruh sebelum melihat tapak perkhemahan Zone A ditimbus tanah,” kata seorang saksi kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di Batang Kali awal pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mangsa Teh Lynn Xuan, 22, berkata dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu beliau baru hendak melelapkan mata untuk berehat selepas melakukan aktiviti pada malam tersebut.

Katanya sebelum kejadian, beliau bersama kira-kira 21 lagi saudara dan sahabat handai dari Melaka, Selangor dan Singapura sudah berada di tapak perkhemahan berkenaan sejak tiga hari lepas sempena cuti sekolah.

Teh berkata ketika kejadian khemah yang beliau diami bersama ibunya di Zone B Hill Top telah terbalik namun bernasib baik kerana berjaya menyelamatkan diri dan beredar ke kawasan yang tinggi.

“Semua berlaku dengan amat pantas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Balai Polis Hulu Yam Bharu, dekat Batang Kali, hari ini.

Seorang lagi mangsa Leong Jim Meng, 57, berkata sebelum kejadian beliau dapat merasakan kawasan di tapak perkhemahan itu bergegar disusuli bunyi kuat.

“Saya dan keluarga terperangkap kerana khemah kami ditimbus dengan tanah tetapi kami berjaya keluar dan pergi ke kawasan letak kereta berhampiran sebelum menghubungi pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali dengan nama Lee, 28, berkata ketika kejadian, hujan renyai berlaku.

Menurut Lee, beliau menyedari kejadian itu selepas mendengar bunyi kuat selain melihat tanah runtuh berdekatan dengan khemahnya.

“Saya lihat tapak khemah di Zone A telah ditimbus dengan tanah runtuh, saya pergi ke kawasan berkenaan untuk cuba mencari sesiapa yang selamat dan berjaya menarik keluar dua orang, seorang kanak-kanak dan ibunya,” kata Lee.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata sembilan orang disahkan maut setakat 11 pagi ini.

Beliau berkata setakat ini 53 mangsa telah dibawa keluar dari kawasan kejadian dan tujuh individu yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Sungai Buloh manakala mayat mangsa yang terkorban dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi bedah siasat.

Ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan pasukan penyelamat antaranya melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas serta Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm).

-Malaysia Kini

Tags: tanah runtuhTragedi Batang Kali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tanah Runtuh: 5 Lagi Mayat Ditemui, 16 Maut Setakat Jam 1 Tengah Hari

Next Post

Isu Data Penumpang Bocor: Pejabat AirAsia Diserbu

Related Posts

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

15/10/2024
0

AMPANG JAYA: Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Taman Melawati, di sini, telah menyebabkan beberapa kawasan kediaman di Jalan...

Sebabkan Kematian Danial, Nasib Wei Liang Diketahui Khamis Ini

Lebih 60 Maut Tanah Runtuh Di Tanzania

05/12/2023
0

DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 68 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Tanzania, berikutan hujan lebat sejak Sabtu, lapor...

Next Post
Isu Data Penumpang Bocor: Pejabat AirAsia Diserbu

Isu Data Penumpang Bocor: Pejabat AirAsia Diserbu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd