• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh Bukan Bermula Di Father’s Organic Farm

oleh Mohd Arshad
20/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Tanah Runtuh Bukan Bermula Di Father’s Organic Farm
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm (FoF) menjelaskan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 24 nyawa setakat ini bukan berpunca di tapak perkhemahan mereka.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebaliknya, jurucakap tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Frankie Tan berkata, tanah runtuh itu tanah kerajaan dan di tepi jalan yang jaraknya antara 2 kilometer (km) 3 km dari tapak mereka.

“Saya ingin menjelaskan tanah runtuh bukan bermula di tapak perkhemahan kami tetapi di tanah kerajaan dan di tepi jalan yang jaraknya antara 2 kilometer (km) 3 km dari tapak kami,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Mengulas mengenai lesen, Tan berkata, pihaknya tidak dapat membuat permohonan bagi mendapatkan lesen perkhemahan kerana permit sedemikian tidak pernah wujud.

Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Pertanian bahawa tiada lesen seumpama itu boleh dipohon oleh pengusaha tapak perkhemahan.

“Saya pernah bertanya kepada pegawai kerajaan sama ada kami perlu memohon lesen tapak perkhemahan atau tidak. Pegawai itu berkata tiada permit kerana tapak perkhemahan ini bukan struktur kekal seperti hotel, justeru tiada lesen untuk dipohon.

“Bukannya kami tidak mahu membuat permohonan tetapi memang tidak ada cara untuk kami memohon,” katanya.

Dalam tragedi pukul 2.42 pagi pada Jumaat lalu, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan yang terletak di Jalan Batang Kali-Genting Highland itu.

Seramai 24 mangsa disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terbabit dalam tragedi itu manakala, sembilan mangsa lagi masih hilang dan sehingga kini, operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) masih dijalankan.

Pihak pengurusan Father’s Organic Farm telah memberi keterangan kepada polis pada Ahad lalu dan turut mengucapkan takziah kepada semua waris mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di bawah kawasan seliaan mereka.

Father’s Organic Farm dalam satu kenyataan di Facebooknya melahirkan rasa dukacita dan simpatinya terhadap semua mangsa dan waris yang terkesan akibat tragedi berkenaan.

Dalam pada itu, Tan turut mendakwa bahawa pihaknya tidak menyedari bahawa kawasan berkenaan diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi selain bermula sebagai ladang organik sebelum menyediakan perkhidmatan perkhemahan pada 2017 atas permintaan pengunjung.

-Utusan Online

Tags: Father’s Organic Farmtanah runtuhTragedi Batang Kali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

K’jaan Tubuh Jawatankuasa Tapis, Gabung Manifesto Parti Kerajaan

Next Post

Tanah Runtuh: Rakaman Langsung Dari Udara Dipertontonkan Kepada Media

Related Posts

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

15/10/2024
0

AMPANG JAYA: Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Taman Melawati, di sini, telah menyebabkan beberapa kawasan kediaman di Jalan...

Sebabkan Kematian Danial, Nasib Wei Liang Diketahui Khamis Ini

Lebih 60 Maut Tanah Runtuh Di Tanzania

05/12/2023
0

DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 68 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Tanzania, berikutan hujan lebat sejak Sabtu, lapor...

Next Post
Tanah Runtuh: Rakaman Langsung Dari Udara Dipertontonkan Kepada Media

Tanah Runtuh: Rakaman Langsung Dari Udara Dipertontonkan Kepada Media

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd