• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekatan Ke Atas Atlet Rusia, Belarus Bakal Dikaji Semula

oleh Mohd Arshad
14/12/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
1
Sekatan Ke Atas Atlet Rusia, Belarus Bakal Dikaji Semula
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE – Presiden Akuatik Dunia, Husain Al-Musallam berkata, sekatan terhadap atlet Rusia dan Belarus kekal dilaksanakan ketika Persekutuan Renang Ukraine menggesa agar atlet dari kedua-dua negara itu dihalang untuk mengambil bahagian sehingga tamatnya perang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Al-Musallam menjelaskan perkara tersebut menerusi Kongres Agung Luar Biasa Akuatik Dunia di Melbourne kelmarin.

Tegas Al-Musallam, keputusan sama ada atlet Rusia dan Belarus dibenarkan kembali ke pertandingan antarabangsa akan dibuat oleh ‘seluruh keluarga Olimpik’ tetapi tidak pada masa ini.

Kenyataan tersebut dibuat tiga hari selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dilihat bersedia untuk mengkaji cadangan Majlis Olimpik Asia (OCA) untuk membolehkan atlet dari Rusia dan Belarus menyertai pertandingannya.

Langkah berkenaan dijangka dibincangkan dalam satu rundingan bersama IOC de­ngan ahli-ahli­nya serta wakil atlet, Persekutuan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan.

Atlet dari Rusia dan Belarus telah dilarang daripada semua acara yang dikendalikan oleh Akuatik Dunia, yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) sehingga akhir 2022.

Keputusan itu dibuat berikutan tindak balas kepada pencerobohan Moscow dengan mencetuskan peperangan di Ukraine hingga menyebabkan bencana dan kematian.

Al-Musallam berkata, sekatan Akuatik Dunia terhadap Rusia dan Belarus akan dite­ruskan buat masa ini.

“Tiada keputusan berhubung penyertaan atlet Rusia buat masa ini.

“Terdapat kajian mengikut resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa sukan harus neutral dan mesti ditadbir oleh ahli sukan.

“Dari segi penyertaan atlet Rusia dan Belarus untuk Sukan Olimpik akan datang, seluruh keluarga Olimpik akan membuat keputusan mengenainya,” kata Al-Musallam.

-Kosmo Online

Tags: Atlet BelarusAtlet Rusiadikaji semulasekatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

GRO Ditahan Ketika Leka Layan Pelanggan

Next Post

Wan Rosdy Umum Portfolio 10 Exco Pahang

Related Posts

AS Kenakan Sekatan Ke Atas Bank Myanmar

AS Kenakan Sekatan Ke Atas Bank Myanmar

22/06/2023
0

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengenakan sekatan terhadap Kementerian Pertahanan dan dua bank terbesar dikuasai rejim Myanmar, ketika pentadbiran...

Sekatan Terhadap Rakyat Palestin Ke Al-Aqsa Ketika Ramadan

Sekatan Terhadap Rakyat Palestin Ke Al-Aqsa Ketika Ramadan

21/03/2023
0

ISTANBUL: Israel mengumumkan sekatan terhadap rakyat Palestin untuk memasuki Masjid Al-Aqsa sepanjang Ramadan. Ikuti Mynewshub: Telegram "Wanita dari semua peringkat umur,...

Next Post
Wan Rosdy Umum Portfolio 10 Exco Pahang

Wan Rosdy Umum Portfolio 10 Exco Pahang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd