• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Kecewa Jalan Batang Kali-Genting Ditutup Setahun

oleh AK-47
20/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ramai Kecewa Jalan Batang Kali-Genting Ditutup Setahun
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Penutupan jalan Batang Kali ke Genting berikutan kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh yang dijangka mengambil masa setahun mengundang pelbagai reaksi pengguna laluan itu di laman sosial.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Salah seorang pengguna, Hasif Fakhrullah kesal kerana kerja-kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh itu mengambil tempoh terlalu lama dan selepas ini perlu menggunakan laluan jauh dan sesak di Gombak.

“Adoi… Setahun, jauh (kalau) ikut (laluan) Gombak naik ke sana (Genting Highlands) dan sesak,” luah Hasif dalam ruangan komen laman Facebook MyHulu Selangor yang berkongsi mengenai perkembangan itu pada Selasa.

Sementara itu, Fatin Shuhaidah pula meminta pihak berkenaan agar memberi pertimbangan dan memikirkan kesan penutupan jalan kepada pengguna jalan raya di Batang Kali terutamanya yang bekerja di Genting Highlands.

“Fikir-fikirkanlah kami yang bekerja di Genting Highlands ini,” luah Fatin.

Mohd Hairey pula mencadangkan pihak berkuasa berkaitan memberikan kemudahan kepada pengguna kenderaan ringan untuk berulang alik ke tempat kerja mereka menggunakan laluan berkenaan.

“Bagilah kemudahan untuk kenderaan ringan, motosikal lalu untuk mereka yang tinggal berdekatan keluar mencari rezeki, kesian kawan-kawan yang tinggal di Batang Kali nak pergi kerja ke Genting,” ujarnya.

Azwanis Azmi pula berpandangan, laluan Batang Kali ke Genting adalah jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lebih teruk di tol Gombak dan sekiranya ditutup ia akan memberikan kesan kepada ramai pengguna jalan raya.

Bagi Ani N Zaim, bukan sahaja pengguna jalan raya perlu melalui jarak perjalanan lebih jauh dan sesak selepas penutupan itu tetapi perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk membayar tol, parkir dan bahan api kenderaan.

“Saya kerja di GPO (Genting Premium Outlets), parking RM24, minyak RM50, tol pergi balik RM12, makan sehari RM30 total sehari RM116, lagi dengan hendak hadap ‘jem’ satu hingga dua jam baru sampai.

“Sekurang-kurangnya bukalah jalan untuk motosikal, boleh juga lalu. Kalau yang tiada motosikal boleh cari inisiatif untuk cari motosikal, dugaan betul,” katanya.

Pada Selasa, Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang berlaku Jumaat lalu dijangka mengambil tempoh selama setahun sebelum laluan Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor boleh dibuka semula bagi laluan orang ramai.

Ketua Setiausahanya, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman dilaporkan berkata, sementara tempoh itu pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif yang akan dikeluarkan bilik gerakan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau berkata, pihaknya juga akan membuat kajian dengan lebih mendalam di tapak tragedi berhubung pembinaan cerun selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) berakhir.

-Sinar Harian

Tags: Jalan Batang Kali-Genting
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banjir: Operasi Perkhidmatan Tren KTM Intercity Tergendala

Next Post

Pembangkang Tidak Konsisten, Pentingkan Sentimen – TPM Zahid

Related Posts

Jalan Batang Kali-Genting Djangka Dibuka Untuk Motosikal Seminggu Lagi

Jalan Batang Kali-Genting Djangka Dibuka Untuk Motosikal Seminggu Lagi

23/12/2022
0

TANAH MERAH : Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor yang berlaku insiden tanah runtuh Jumaat lalu, dijangka dibuka untuk pengguna motosikal...

Next Post
Pembangkang Tidak Konsisten, Pentingkan Sentimen – TPM Zahid

Pembangkang Tidak Konsisten, Pentingkan Sentimen - TPM Zahid

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd