• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menara Merdeka 118 Paling Diidamkan – Ivan Beerkus

oleh Mohd Arshad
29/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Menara Merdeka 118 Paling Diidamkan – Ivan Beerkus
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur merupakan bangunan idaman buat salah seorang daripada pasangan Russia, Ivan Beerkus, yang menceroboh dan memanjat puncak pencakar langit berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Semalam, Ivan memuat naik video dirinya berada di puncak menara tersebut bersama wanita dikenali sebagai Angela Nikolau, yang telah mengundang pelbagai reaksi negatif khususnya daripada rakyat Malaysia.

“Puncak Merdeka 118 bersamaan 679 meter atau 2,227 kaki. Ia adalah bangunan kedua tertinggi di dunia!

“Saya tidak dapat menggambarkan emosi saya. Bangunan tercantik yang pernah saya kunjungi,” katanya dalam kapsyen.

Kelmarin, Ivan memuat naik gambar di hadapan menara tersebut sambil meluahkan rasa teruja melihat bangunan itu yang menjadi idamannya.

“Saya mendengar pelbagai cerita berkenaan cubaan memanjat menara ini tanpa kebenaran. Yang paling sedih sehingga dipenjara beberapa bulan.

“Ada banyak pintu tertutup dan CCTV di dalam menara berkenaan. Perkara itu membuatkan ia menara yang paling diidamkan di seluruh dunia,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan aksi pasangan warga Russia itu menceroboh Menara Merdeka 118 dengan memanjat ke puncak pencakar langit itu, menerima kecaman orang ramai.

Semalam, beberapa portal media turut melaporkan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pasangan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman dipetik berkata, pihaknya akan memanggil pasangan berkenaan untuk dirakam keterangan.

-Kosmo Online

Tags: Menara Merdeka 118
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Puncak Menara Merdeka 118 Diceroboh Lagi

Puncak Menara Merdeka 118 Diceroboh Lagi

10/01/2023
0

Kuala Lumpur : Jika sebelum ini pasangan kekasih dari Rusia memuat naik video mereka memanjat puncak bangunan kedua tertinggi di...

Wanita Russia Dedah Cara Ceroboh Menara Merdeka 118

Wanita Russia Dedah Cara Ceroboh Menara Merdeka 118

05/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Wanita Russia yang menceroboh bagi memanjat Menara Merdeka 118 di sini, mendedahkan dia memakai tudung dan menyamar sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd