• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Putuskan Undang-Undang Kunci Tayar MPKB Tidak Sah

oleh AK-47
08/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Putuskan Undang-Undang Kunci Tayar MPKB Tidak Sah
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Khamis secara sebulat suara memutuskan bahawa undang-undang kunci tayar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) tidak sah kerana bertentangan (ultra-vires) dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keputusan itu dibuat selepas seorang kerani, Nursyafawati Kasim, 33, dikenakan tindakan kunci tayar dalam kejadian Julai 2019 dan mengambil keputusan membawa kes itu ke mahkamah.

Peguam Nursyafawati, Hisham Fauzi berkata, dalam penghakiman yang dibacakan oleh Hakim Datuk Hashim Hamzah, Mahkamah Rayuan mendapati bahawa Perintah 17, Perintah Pengangkutan Jalan (LKB) (MPKB) 2000 adalah bertentangan dengan Seksyen 72(7) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Turut bersidang secara dalam talian ialah Hakim Datuk Abdul Karim Jalil dan Hakim Datuk Supang Lian.

“Justeru, MPKB tidak lagi boleh mengunci tayar kereta yang diparkir dalam petak letak kereta dan hanya boleh mengenakan kompaun jika pemilik kenderaan gagal menjelaskan bayaran parkir,” katanya ketika sidang akhbar di sini pada Khamis.

Hisham dibantu oleh Ang Khai Wei, Majdah Muhammad dan Haziratul Aqilah Huzailing manakala MPKB pula diwakili peguam Marwalis Adam dan dibantu Shaharuddin Mohamed.

Hisham dalam pada itu memaklumkan MPKB perlu menyemak semula undang-undang termasuk Perintah Pengangkutan Jalan MPKB 2000 bagi mengelakkan masalah sama kepada pengguna kenderaan lain.

Tambah beliau, jumlah notis tawaran kompaun bukan membolehkan hukuman kunci tayar kepada pemilik kenderaan.

Beliau turut memaklumkan Nursyafawati sebelum itu menerima antara 11 hingga 12 notis kompaun.

“Bagaimanapun MPKB perlu mengambil tindakan melalui prosedur mahkamah dan tidak sewenang-wenangnya mengunci tayar kenderaannya,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: mahkamahMPKBTidak SahUndang-Undang Kunci Tayar MPKB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kekerapan Tren LRT Akan Ditambah Kepada 3 Minit

Next Post

`Saya Tak Pernah Tandatangan Surat Setuju Terima Projek Tebatan Banjir’ – Tuan Ibrahim

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

29/11/2024
0

TAWAU - Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini...

Next Post
`Saya Tak Pernah Tandatangan Surat Setuju Terima Projek Tebatan Banjir’ – Tuan Ibrahim

`Saya Tak Pernah Tandatangan Surat Setuju Terima Projek Tebatan Banjir' - Tuan Ibrahim

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd