• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larry Sng Kecewa Tiada Wakil PBM Dalam Kabinet Anwar

oleh AK-47
10/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Larry Sng Kecewa Tiada Wakil PBM Dalam Kabinet Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Larry Sng kecewa selepas tiada seorang pun wakil parti itu dilantik ke dalam barisan kabinet Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Kata-kata tidak dapat menggambarkan kekecewaan saya,” katanya, sambil menyatakan bahawa PBM adalah antara pihak terawal yang menunjukkan sokongan terhadap Anwar untuk jawatan perdana menteri.

Namun dia menambah PBM tetap akan memainkan peranannya dalam mengukuhkan kerajaan Anwar, dengan mengatakan ini adalah demi kepentingan negara.

“Saya akan memanggil untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin kanan PBM dalam beberapa hari akan datang untuk menentukan hala tuju kita ke hadapan.

“PBM akan kekal sebagai parti nasional dan adalah penting untuk kita meluaskan pangkalan kita.

“Saya tidak menolak kemungkinan penggabungan dan pembinaan gabungan dengan parti politik lain, sama seperti yang kita rancang sebelum PRU15,” tambahnya, dalam catatan Facebook malam tadi tidak lama selepas Anwar mengumumkan barisan timbalan menterinya.

Anwar telah membuat janji pilihan raya untuk mengurangkan saiz kabinetnya separuh berbanding pentadbiran terdahulu, dan juga mengurangkan separuh gaji mereka.

Minggu lalu, Anwar mengumumkan 28 menteri termasuk dirinya untuk membentuk kabinetnya. Dia kemudian mengumumkan 27 timbalan menteri malam tadi.

Sebagai perbandingan, pentadbiran Ismail Sabri Yaakob sebelum ini terdiri daripada 32 menteri, 38 timbalan menteri. Ini tidak termasuk pelantikan lain yang berpangkat menteri, seperti Muhyiddin Yassin yang berkhidmat sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Anwar mendakwa mendapat sokongan Pakatan Harapan (PH), BN, Gabungan Parti Sarawak, and Gabungan Rakyat Sabah, Warisan, PBM, dan wakil bebas. Majoritinya dijangka akan diuji dalam undi percaya di parlimen pada 19 Dis.

Daripada jumlah itu, PBM mempunyai seorang ahli parlimen, iaitu Sng, yang merupakan ahli parlimen Julau.

-Malaysia Kini

Tags: Kabinet AnwarLarry SngPBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

PBM Ajak Parti Kecil Prokerajaan Bentuk Blok Tersendiri

PBM Ajak Parti Kecil Prokerajaan Bentuk Blok Tersendiri

10/02/2023
0

Parti Bangsa Malaysia (PBM) mencadangkan parti-parti kecil dan penyokong kerajaan perpaduan wajar duduk bersama untuk membincangkan kemungkinan menjalin hubungan lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd