• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jangan Letak Lantikan Politik Dalam IPCC’

oleh Mohd Arshad
14/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Jangan Letak Lantikan Politik Dalam IPCC’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berharap pelaksanaan Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) tidak membabitkan individu dalam kalangan lantikan politik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, sebaiknya pasukan bebas yang bakal ditubuhkan sebagai entiti siasatan sesuatu kes itu perlu membabitkan mereka yang berpengalaman dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri.

“Perwartaan suruhanjaya bebas itu amat bagus dan tepat, namun sebaiknya tidak berlaku lantikan politik dalam pembentukan badan siasatan itu untuk kes membabitkan IPCC,” katanya kepada BH.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang medianya mengumumkan untuk melaksanakan IPCC bermula Jun tahun depan selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, mengenai tarikh penguatkuasaan akta itu.

Pada 26 Julai lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) IPCC 2020 untuk mempertingkat integriti pasukan PDRM, mengurangkan salah laku dalam kalangan anggotanya, serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis.

Sebelum dibentang di Parlimen, proses penggubalan IPCC membabitkan libat urus dengan seramai 1,059 orang, selain sesi taklimat bersama pimpinan tertinggi PDRM, persatuan bekas polis, wakil KDN serta Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).

IPCC memberi fokus kepada penubuhan suatu badan untuk melaksanakan siasatan, manakala tindakan dan hukuman tatatertib masih dikekalkan dengan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) mengikut peruntukan sedia ada dalam Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.

Hal sama turut disuarakan Presiden Persatuan Kebajikan Veteran Polis Malaysia (VPOL), Datuk Hussin Awang Ngah bahawa suruhanjaya bebas itu perlu dianggotai pegawai polis supaya dapat memantau dan lebih mengetahui apa yang berlaku dalam PDRM.

“Jika boleh kita mahu seorang atau dua pegawai polis dan bukan hanya semata-mata orang luar seperti peguam dan sebagainya. Contohnya, jika peguam, mereka ini bercakap melalui apa yang mereka lihat saja walhal mereka tidak mengalami sendiri apa yang berlaku dalam pasukan.

“Jika terdapat wakil polis dalam suruhanjaya ini, sekurang-kurangnya mereka boleh bersuara mengapa sesuatu perkara itu terjadi. Ini kerana orang luar hanya nampak badan beruniform ini yang elok saja.

“Sebagai contoh, kami sebagai polis ini nampak profesion guru sebagai seronok, dapat balik awal dan sebagainya, namun kita tidak tahu apa sebenarnya mereka alami ketika bekerja.

“Sebab itu kita tidak mahu jawatankuasa ini tidak dianggotai polis kerana keputusan hanya dibuat berdasarkan andaian luar saja,” katanya.

Hussin berkata, pelaksanaan IPCC membolehkan tindakan diambil kepada mana-mana anggota sama ada berpangkat rendah mahupun pegawai kanan.

“Saya secara peribadi berasakan IPCC boleh dilaksanakan, kerana sebelum ini tindakan disiplin hanya dilakukan terhadap anggota bawahan saja, malah tata etika pegawai atau pegawai kanan ditutup sebelah mata,” katanya.

-Berita Harian

Tags: IPCClantikan politik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Situasi Stabil Di Sempadan India-China Selepas Pertempuran Baharu

Next Post

Saifuddin Perlu Tangani Isu Tahanan Sosma Dinafi Jaminan – NGO

Related Posts

PDRM Sambut Baik Pelanjutan SOSMA, IPCC Bagi Tempoh 5 Tahun

PDRM Sambut Baik Pelanjutan SOSMA, IPCC Bagi Tempoh 5 Tahun

27/07/2022
0

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik keputusan Dewan Rakyat semalam yang telah meluluskan usul pelanjutan Subseksyen 4(5)...

Kerajaan Berubah, MPKK Pun Berubah

13/04/2020
0

PENAMATAN perkhidmatan jawatan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh Perak adalah selaras dengan peralihan pentadbiran kerajaan negeri kerana...

Next Post
Saifuddin Perlu Tangani Isu Tahanan Sosma Dinafi Jaminan – NGO

Saifuddin Perlu Tangani Isu Tahanan Sosma Dinafi Jaminan - NGO

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd