• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Data Penumpang Bocor: Pejabat AirAsia Diserbu

oleh Mohd Arshad
16/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Isu Data Penumpang Bocor: Pejabat AirAsia Diserbu
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Dua pasukan penyiasatan Kementerian Komunikasi dan Digital telah pun melakukan ‘serbuan’ ke atas pejabat AirAsia Aviation Group Limited dekat sini semalam berhubung isu data lima juta penumpang yang didakwa bocor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara berkenaan disahkan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat beliau di kementeriannya di sini hari ini.

“Pukul 2.15 petang semalam, 5 pegawai Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan 2 pegawai Cyber Security Malaysia (CSM) bagi mengambil beberapa dokumen,” jelasnya.

Sabtu lalu, beliau menerusi kenyataan memaklumkan sistem pelayan AirAsia diceroboh selepas digodam kumpulan dikenali sebagai Daixin melibatkan data lima juta penumpang.

Serangan siber berbentuk perisian tebusan itu turut membabitkan butiran peribadi pekerja syarikat penerbangan kos rendah popular tersebut yang berlaku pada 12 November lalu.

Sehubungan itu, pasukan penyiasat JPDP dan CSM telah memulakan proses siasatan awal dengan bertemu sendiri pengurusan firma induknya, Capital A pada 1 Disember lepas.

Beliau turut menggesa semua pengguna sentiasa memantau dan menambah baik aspek keselamatan siber dengan mengemas kini sistem perlindungan ke atas pangkalan data.

Mengulas lebih lanjut, Ahmad Fahmi berkata, dua pasukan berkenaan turut mengambil pelbagai peralatan data yang berkaitan rekod penumpang dan staf operator udara tersebut.

“Saya difahamkan bahawa proses siasatan itu sebenarnya masih lagi berjalan dari semasa ke semasa dan insya-Allah akan dimaklumkan jika ada perkembangan kelak,” tegasnya.

Justeru, beliau meminta masyarakat tidak berasa bimbang dan memberi jaminan pihak kementeriannya sentiasa memantau isu kecurian data pengguna sebagai kes amat serius.

Sebelum ini, sistem pelayan syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines Berhad turut pernah diceroboh padan tahun lalu namun keadaan tidak serius dan berjaya dikawal.

Daixin terkenal di seluruh dunia sering menggodam pangkalan data pelbagai organisasi bagi memberi amaran kepada pelanggan firma itu mengenai kelemahan sistem kawalan.

Ini meliputi butiran nama, tarikh dan tempat lahir, alamat kediaman dan sebagainya selain menuntut sejumlah tebusan yang perlu dibayar untuk mengelak berlaku serangan lagi.

-Utusan Online

Tags: AirAsiaIsu Data Penumpang BocorSerbu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Fungsi J-KOM Akan Diteliti Semula

MPK ‘Serbu’ Gerai Dalam Kedai Berkait Isu Kebersihan

03/01/2024
0

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa melaksanakan penguatkuasaan berhubung garis panduan pelesenan gerai dalam kedai dari semasa ke semasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd