• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Nafi Bubar Polis Moral

oleh Mohd Arshad
07/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Iran Nafi Bubar Polis Moral
Share on FacebookShare on Twitter

TEHERAN – Teheran menafikan laporan pembubaran pasukan polis moral selepas beberapa pegawai dikatakan mengumumkan unit berkenaan ditutup susulan protes berbulan-bulan yang tercetus di seluruh Iran, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Peguam Negara, Mohammad Jafar Montazeri Sabtu lalu berkata, polis moral ‘tiada kaitan dengan badan kehakiman dan telah dimansuhkan dari tempat sama ia dilancarkan’, demikian menurut agensi berita ISNA.

Tambah beliau, Parlimen Iran dan badan kehakiman juga sedang menilai semula undang-undang kewajipan memakai hijab di negara itu.

Kenyataan Mohammad Jafar itu ditafsirkan media asing sebagai pasukan polis moral Iran dibubarkan selepas protes tercetus di seluruh negara berikutan kematian gadis bernama Mahsa Amini ketika berada dalam tahanan unit itu, September lalu.

Bagaimanapun, media Iran menyatakan bahawa beberapa laporan media asing telah memberi tafsiran yang salah terhadap komen Mohammad Jafar sambil menambah, tiada sebarang pengumuman dibuat dan pasukan polis moral terus berfungsi.

Mohammad Jafar ketika disoal pemberita mengenai sama ada unit tersebut akan dimansuhkan berkata: “Polis moral tiada kaitan dengan badan kehakiman. Ia telah dimansuhkan dari tempat sama ia dilancarkan. Sudah tentu badan kehakiman akan terus memantau sikap masyarakat.”

Sebagai respons kepada laporan media asing mengenai perkara tersebut, stesen televisyen berbahasa Arab, Al-Alam menyatakan, apa yang boleh difahami daripada kenyataan Mohammad Jafar adalah polis moral merupakan unit berasingan daripada badan kehakiman.

“Tiada kenyataan rasmi daripada Republik Islam Iran mengatakan bahawa unit polis moral atau nama sebenarnya, Gasht-e Ershad (Peronda Bimbingan) telah dimansuhkan.

“Sesetengah media asing cuba mentafsir kenyataan itu dengan mendakwa Republik Islam Iran telah ‘mengaku kalah’ dalam isu pemakaian hijab serta kesopanan yang disebabkan oleh protes baru-baru ini,” lapor stesen penyiaran CNN sebagai memetik Al-Alam.

Kosmo-

Tags: Irannafipolis moral
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Isytihar Semua Pangkalan AS ‘Sasaran Sah’

Iran Isytihar Semua Pangkalan AS ‘Sasaran Sah’

04/01/2026
0

TEHERAN – Iran mengisytiharkan semua pangkalan dan pasukan tentera Amerika Syarikat di rantau Asia Barat sebagai 'sasaran sah', sekali gus...

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

02/01/2026
0

TEHERAN - Penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan terus bertempur di beberapa bandar di Iran pada Khamis selepas protes membantah kos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd