• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 40 Ahli Parlimen Thailand Lompat Parti Sertai Parti Bhumjaithai

oleh Mohd Arshad
17/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Hampir 40 Ahli Parlimen Thailand Lompat Parti Sertai Parti Bhumjaithai
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK: Parti Bhumjaithai Thailand yang popular dengan dasar ‘menghalalkan’ ganja, menerima penyertaan puluhan ahli Parlimen dari parti lain menjelang pilihan raya umum (PRU) tahun depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hampir 40 ahli politik hari ini menyertai Parti Bhumjaithai pimpinan Timbalan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul, selepas meletak jawatan di Parlimen, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, walaupun hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Kebanyakan mereka datang daripada parti pemerintah pro-tentera, Palang Pracharath dan parti pembangkang terbesar, Pheu Thai, yang akan bertempur untuk mendapatkan penguasaan undi, menjelang Mac depan.

Anutin berkata, beliau tidak berhasrat untuk mensabotaj Palang Pracharath dengan merekrut begitu ramai penggubal undang-undangnya, malah berkata dia masih sanggup menjadi ‘rakan rapat’.

“Kami tidak memberi tekanan kepada sesiapa. Kami tunduk dan bekerjasama. Kami tahu apa yang sesuai dan apa yang tidak,” katanya.

Penghijrahan besar-besaran ke Bhumjaithai berlaku selepas laporan peletakan jawatan Parlimen awal minggu ini, ketika parti politik sedang bersedia untuk kempen pilihan raya dan akan mendedahkan calon untuk bertanding jawatan.

Bhumjaithai secara meluas dijangka memegang imbangan kuasa tahun depan seperti yang dilakukan ketika pilihan raya 2019, dengan membantu Palang Pracharath membentuk kerajaan campuran dan pemimpin junta ketika itu, Prayuth Chan-Ocha sebagai Perdana Menteri awam.

Menurut Speaker Dewan Rakyat, Chuan Leekpai, ekoran peletakan jawatan baru-baru ini, Dewan Perwakilan Thailand yang mempunyai 500 ahli berkurangan kepada 439 ahli, termasuk 247 daripada kerajaan gabungan 16 parti dan 192 daripada tujuh parti pembangkang.

Kata Chuan, pilihan raya kecil tidak perlu diadakan untuk mengisi beberapa kerusi kawasan pilihan raya yang kini kosong kerana Parlimen mempunyai kurang daripada 180 hari lagi sebelum penggal empat tahunnya berakhir pada hujung Mac depan.

BHonline-

Tags: Ahli Parlimen ThailandLompat PartiParti Bhumjaithai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenderaan Ahli Parlimen Narathiwat ditembak, Dua Pengiring Cedera

Kenderaan Ahli Parlimen Narathiwat ditembak, Dua Pengiring Cedera

20/03/2026
0

Oleh : Bernama NARATHIWAT: Kenderaan Ahli Parlimen Narathiwat, Kamolsak Leewamo ditembak di kediamannya awal pagi tadi, sejurus pulang dari sidang...

Pemecatan 6 Ahli Parlimen Bersatu Tak Ditakrif Sebagai Lompat Parti – Fahmi

Pemecatan 6 Ahli Parlimen Bersatu Tak Ditakrif Sebagai Lompat Parti – Fahmi

12/07/2024
0

Putrajaya : Pemecatan enam Ahli Parlimen yang merupakan bekas ahli Bersatu tidak ditakrifkan sebagai lompat parti sehingga mereka perlu mengosongkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd