• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Bot TLDM Berlanggar Ketika Demonstrasi HTA22

oleh Mohd Arshad
30/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dua Bot TLDM Berlanggar Ketika Demonstrasi HTA22
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT : Dua buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berlanggar ketika melakukan demonstrasi pada Hari Terbuka Armada 2022 (HTA22) di Pangkalan TLDM Lumut, petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM di sini hari ini, kejadian berlaku ketika anggota melakukan demonstrasi ‘manuvra’ bagi memintas bot mencurigakan di Jeti Operasi di pangkalan tersebut.

“Dalam demonstrasi itu, sebuah bot tempur telah hilang kawalan dan terlanggar Kapal Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah yang berada di lokasi demonstrasi itu dilakukan.

“Insiden tersebut telah mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1 meter manakala bot tempur kemek di bahagian haluannya,” ujar kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

Katanya, kejadian itu juga tidak menjejaskan perjalanan HTA22 dan ia akan diteruskan seperti biasa mengikut atur cara yang telah ditetapkan.

“Lembaga siasatan TLDM telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” kata kenyataan itu.

Semalam, tular video menunjukkan insiden pelanggaran itu ketika demonstrasi dilakukan yang melibatkan sebuah bot tempur dan sebuah helikopter mengejar sebuah ‘bot mencurigakan’ di kawasan jeti tersebut.

HTA22 diadakan selama tiga hari bermula semalam yang memberi peluang orang ramai masuk ke dalam Pangkalan TLDM Lumut untuk menyaksikan pelbagai acara dan pameran yang disediakan.

-Utusan Online

Tags: Bot TLDMHTA22TLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd