• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beradik Mati Lemas Di Pantai Chenang

oleh AK-47
11/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dua Beradik Mati Lemas Di Pantai Chenang
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Setar : Dua pelancong yang ditemukan mati lemas di Pantai Chenang, Langkawi malam tadi adalah dua beradik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata mangsa yang meninggal dunia ialah R Yuvaaraj, 22, dan abangnya R Ravishangkar, 26, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bersama dua lagi rakan lelaki yang berumur 24 dan 25 tahun datang ke Langkawi pada Jumaat lepas untuk bercuti.

“Sebelum kejadian, mereka telah pergi ke pantai kira-kira jam 7 malam untuk mandi-manda. Kedua-dua mangsa telah turun mandi bersama rakan yang berumur 25 tahun manakala seorang lagi rakan mereka tidak turun ke laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketika mereka sedang mandi, dipercayai ombak besar menarik kesemua mangsa ke kawasan yang lebih dalam sehingga menyebabkan ketiga-tiga mangsa terkapai-kapai dan meminta pertolongan.

“Rakan mangsa berjaya berenang ke arah tepi pantai dan telah mendapatkan bantuan daripada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang sedang bertugas di pantai berkenaan. Bagaimanapun, dua lagi mangsa tidak berjaya menyelamatkan diri.

“Mayat mangsa yang berusia 22 tahun berjaya ditemukan pada 9.35 malam manakala mayat kedua yang berumur 26 tahun itu pula dijumpai pukul 12.40 tengah malam dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh petugas Hospital Sultanah Maliha (HSM) yang membuat pemeriksaan di lokasi,” katanya.

Shariman berkata mayat dua beradik itu dibawa ke HSM untuk proses bedah siasat dan ahli keluarga mangsa juga dimaklumkan telah tiba di Langkawi untuk urusan selanjutnya.

-Harian Metro

Tags: lemasPantai Chenang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd