• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuti Bersalin 98 Hari, Kerja 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari, Tiada Tangguh Lagi

oleh Mohd Arshad
21/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cuti Bersalin 98 Hari, Kerja 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari, Tiada Tangguh Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 yang sebelum ini ditangguhkan, akan tetap diteruskan mulai 1 Januari tahun depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata pihaknya harus meneruskan penguatkuasaan akta terbabit kerana undang-undang itu sudah diluluskan Parlimen.

“Perkara ini harus kita teruskan sebab undang-undang ini sudahpun diluluskan Parlimen dan sebahagian besar pindaan yang dibuat adalah berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Jadi perkara ini adalah penting untuk kita laksanakan, ini adalah jaminan kepada pekerja,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pelaksanaan akta itu perlu ditangguhkan hingga 1 Januari 2024 bagi memberi lebih masa kepada pihak industri dan majikan.

Pindaan Akta Kerja 1955 sepatutnya mula berkuat kuasa 1 September lalu, namun ditangguhkan ke 1 Januari ini selepas pihak industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan atas beberapa faktor termasuk memerlukan sedikit masa berikutan kebanyakannya masih dalam proses pemulihan ekonomi.

Antara kandungan pindaan yang ditangguhkan itu ialah penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari, penetapan cuti paterniti tujuh hari, pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja.

Selain itu, pindaan Akta Kerja 1955 ini juga mewajibkan keperluan mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ( JTKSM) di bawah Seksyen 60K (4) Akta Kerja 1955.

Kelulusan penggajian ini untuk penggajian semua kategori pekerja asing di negara ini. Kewajaran untuk majikan mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JTKSM adalah kerana permohonan yang ditolak sebelum ini susulan kegagalan majikan mematuhi undang-undang perburuhan.

Seksyen 60K(4) Akta Kerja 1955 akan bertindak sebagai saringan awal yang efektif di dalam memastikan majikan yang bakal menggajikan pekerja asing di negara ini mempunyai rekod yang bersih dari aspek kepatuhan kepada standard perburuhan.

“Setakat ini kementerian sudah meluluskan kemasukan 700,000 pekerja untuk pelbagai sektor,” katanya mengulas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya KSM dan Kementerian Dalam Negeri memberi perhatian khusus kepada isu kelulusan membawa masuk pekerja asing dalam sektor perladangan, perkhidmatan dan pembinaan.

Untuk rekod, sejumlah 87,335 kelulusan pekerja asing diberikan bagi sektor pertanian, perkhidmatan (128,428) dan pertanian (27,053) setakat ini.

Perkara itu dibangkitkan Perdana Menteri dan menteri lain dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi, iaitu untuk keperluan mendapatkan tenaga buruh yang secukupnya secepat yang mungkin.

“Memang kita faham pelbagai sektor amat memerlukan tenaga kerja ini mengatakan bahawa aktiviti dan produktiviti mereka terkandas disebabkan tidak cukup tenaga buruh.

“Perkara ini dipandang serius Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan kita akan bekerjasama dengan KDN untuk memastikan kita akan mempunyai tenaga kerja mencukupi dalam tempoh terdekat. (Kita) lihat dan bantu sektor yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Mengenai sistem pengambilan pekerja asing menggunakan One Channel System (OCS), Sivakumar berkata, OCS akan diletakkan bawah KSM.

“Sama ada OCS bawah KSM mahupun KDN bukan isunya, apa yang penting adalah hasil akhirnya, sama ada kita dapat pekerja yang cukup atau tidak itu lebih penting,” katanya.

BHonline-

Tags: cuti bersalinV Sivakumar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

EXCO Tak Tahu Di Mana MB Berada

Next Post

RM100 Juta Peruntukan Segera Kepada Kelantan, Terengganu

Related Posts

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

07/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak Perintah Am berkaitan cuti bersalin bagi penjawat...

SPRM Ambil Keterangan Sivakumar Isu Pekerja Asing

Skandal Rasuah: Sivakumar Sahkan Lima Pegawai Dipecat

09/05/2023
0

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar hari ini mengesahkan lima pegawainya telah dipecat berhubung skandal rasuah dan salah guna kuasa baru-baru...

Next Post
RM100 Juta Peruntukan Segera Kepada Kelantan, Terengganu

RM100 Juta Peruntukan Segera Kepada Kelantan, Terengganu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd