• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Veteran UMNO Mahu Tok Mat Runding Gabungan Bentuk Kerajaan

oleh Mohd Arshad
20/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Veteran UMNO Mahu Tok Mat Runding Gabungan Bentuk Kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Veteran UMNO Perak tidak ketinggalan menyertai desakan supaya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berikutan kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Veteran UMNO Perak, Datuk Abdul Khalid Mohd. Nasir berkata, Ahmad Zahid perlu bertanggungjawab atas kekalahan BN terutama kerana kempen-kempen pihak lawan banyak berkisar kepada keperibadian Pengerusi BN itu.

Beliau berkata, antaranya propaganda ‘undi BN undi Zahid jadi Perdana Menteri’ sangat berkesan mempengaruhi pengundi dan terutama mereka yang tidak tahu perjalanan politik negara.

“Dalam keadaan sekarang, tiada jalan lain, Ahmad Zahid kena ambil tanggungjawab kekalahan ini dan harus meletak jawatan dengan segera supaya ia dipangku oleh Timbalannya, Datuk Mohamad Hasan.

“Biar Timbalan Presiden yang meneruskan apa jua perundingan dengan parti-parti gabungan lain dalam pembentukan kerajaan campuran yang akan berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, jika Ahmad Zahid sayangkan UMNO dan berjiwa besar, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu perlu menyahut desakan mereka.

Katanya, sudah sampai masanya Ahmad Zahid berundur dan parti akan memilih pengganti.

“Setahun lalu lagi kami sudah bersuara agar beliau melepaskan jawatan. Beliau bercuti sekejap dan ketika itu keadaan parti sudah ‘cantik’, tetapi beliau kembali dengan alasan Presiden perlu bertugas sebagai Presiden, bukan Presiden yang bercuti,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid berkata, BN perlu bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan bukannya dengan Pakatan Harapan (PH) seperti yang dipersetujui dalam Persidangan Agung UMNO (PAU) untuk menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

UtusanOnline-

Tags: Ahmad Zahid HamidiBNPRU-15Tok MatVeteran UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Saksi Hidup… Malaysia Tak Pernah Campur Tangan Konflik Thailand-Kemboja” – Tok Mat

“Saya Saksi Hidup… Malaysia Tak Pernah Campur Tangan Konflik Thailand-Kemboja” – Tok Mat

27/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak pernah campur tangan dalam konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja, sebaliknya hanya bertindak sebagai pemudah cara...

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

19/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau menghormati sepenuhnya segala keputusan yang dibuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd