• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Calon Damansara Ikrar Bebaskan Negara Daripada Rasuah

oleh AK-47
05/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tiga Calon Damansara Ikrar Bebaskan Negara Daripada Rasuah
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketiga-tiga calon di Parlimen Damansara mempunyai misi yang sama iaitu berikrar untuk membebaskan negara daripada rasuah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Calon Pakatan Harapan (PH), Gobind Singh Deo berkata, rasuah adalah masalah yang cukup besar dan mampu meruntuhkan sesebuah negara.

Justeru, beliau berikrar untuk memberikan fokus sepenuhnya dalam memerangi rasuah jika dipilih sebagai wakil rakyat.

“PH sendiri telah mengambil langkah yang perlu untuk memastikan rasuah ini dapat diselesaikan dan dihapuskan, seterusnya memerangi salah guna kuasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Calon muda dari Perikatan Nasional (PN), Lim Si Ching turut senada dan menyeru agar para pengundi memilih calon yang bersih dan berintegriti untuk memastikan negara dalam keadaan aman dan stabil.

Jelasnya, negara akan berdepan dengan malapetaka besar jika golongan perasuah dipilih menjadi pemimpin.

“Kita memerlukan pemimpin yang amanah dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Jika kita pilih pemimpin yang rasuah, negara akan berdepan dengan kehancuran,” ujar beliau.

Tan Gim Tuan yang juga calon BN berkata, tanggungjawab untuk membebaskan negara daripada segala keburukan rasuah dan urus tadbir harus bermula daripada diri sendiri.

“Kita harus memulakan perubahan dengan bermula daripada diri sendiri. Wakil rakyat yang dipilih juga haruslah seorang yang amanah dan boleh memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” jelasnya.

Parlimen Damansara akan menyaksikan perlawanan tiga penjuru membabitkan Gobind (PH), Si Ching (PN) dan Gim Tuan (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Pada PRU14 lepas, Parlimen Damansara dimenangi oleh Tony Pua dengan majoriti 106,903 undi, menewaskan calon Parti Rakyat Malaysia, Datuk Wong Mun Kheong dan calon BN, Ryan Ho Kwok Xheng.

-Sinar Harian

Tags: DamansaraPRU-15rasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRU-15: Pertembungan Lapan Penjuru Di Bangi

Next Post

PRU15: SPRM Lancar Bilik Gerakan

Related Posts

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

23/05/2025
0

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Seorang ejen pusat pemeriksaan kenderaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah mendapatkan nombor giliran...

Next Post
PRU15: SPRM Lancar Bilik Gerakan

PRU15: SPRM Lancar Bilik Gerakan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd