• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sepuluh Penjuru Di Batu

oleh AK-47
05/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Sepuluh Penjuru Di Batu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kerusi Parlimen P115 Batu menyaksikan pertembungan sepuluh penjuru membabitkan calon penyandang, calon yang kembali bertanding dan muka baharu pada PRU15.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Calon PKR P Prabakaran yang juga penyandang kerusi Parlimen itu selaku calon termuda ketika itu, sekali lagi bertanding pada pilihan raya kali ini mewakili PH.

Sementara itu, bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua pula yang menyandang kerusi Parlimen Batu selama dua penggal, memutuskan untuk kembali bertanding selaku calon BEBAS.

Pada PRU14, Tian Chua menyatakan sokongan kepada Prabakaran yang bertanding kerusi Parlimen Batu selepas beliau hilang kelayakan.

Pertembungan kali ini menyaksikan beberapa muka muda baharu membuat penampilan antaranya pempengaruh media sosial yang juga ahli perniagaan Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin yang lebih dikenali dengan nama ‘glamour’ Cleopatra (BEBAS) dan peguam Siti Kasim (BEBAS) serta peguam Wan Azliana Wan Adnan dari PEJUANG.

Beberapa nama lain yang turut mencuba nasib kali ini termasuk calon BN Datuk A Kohilan Pillay, Azhar Yahya (PN), P Naganathan (WARISAN), Too Cheng Huat (BEBAS) dan Zulkifli Abd Fatah (PRM).

SENARAI PENAMAAN CALON PRU15

NEGERI: WILAYAH PERSEKUTUAN

PARLIMEN: (P115) BATU

NAMA CALON PARTI

1.Siti Zabedah Kasim (BEBAS)

2.Chua Tian Chang (BEBAS)

3.M P Prabakaran (PH

4.Mohd Zulkifli Abdul Fattah

5.Too Cheng Huat (BEBAS)

6.Wan Azliana Wan Adnan (PEJUANG)

7.Azhar Yahya (PN)

8.Naganathan Pillai WARISAN)

9.Datuk A Kohilan Pillay (BN)

10.Nur Fathiah Syazwana Shaharudin (BEBAS)

JUMLAH PENGUNDI PRU15: 113,863

PENYANDANG PRU14

NAMA P Prabakaran (PKR)

MAJORITI: 24,438 UNDI

-Berita Harian

Tags: PRU-15Saingan Sepuluh Penjuru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

19/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Rakaman video memaparkan seorang lelaki meminta pengundi bersumpah mengundi PAS, antara yang dikemukakan pihak pempetisyen ketika perbicaraan Petisyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd