• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: PN Lancar Manifesto Esok

oleh Mohd Arshad
05/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: PN Lancar Manifesto Esok
Share on FacebookShare on Twitter

PAGOH : Perikatan Nasional (PN) akan melancarkan manifesto parti itu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kuala Lumpur esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perincian manifesto itu akan dimaklumkan pada majlis pelancaran berkenaan.

“Esok, PN akan melancarkan manifesto atau aku janji kita. Ini akan saya perincikan esok mengambil kira semua perkara yang cukup penting untuk kita laksana dan tunaikan.

“Saya nak menyatakan bahawa kita tidak mahu berjanji, kita akan usahakan dan melaksanakan sepenuhnya apa yang kita janjikan dalam manifesto,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas proses penamaan calon Parlimen Pagoh di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, antara perkara yang ditegaskan dalam manifesto itu membabitkan aspek ekonomi, alam sekitar, belia, sosial, pendidikan serta wanita.

“Ini akan kita maklumkan dan berharap ia mendapat tarikan pengundi di seluruh negara,” katanya.

Mengenai pencalonannya bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh, bekas Perdana Menteri itu berharap beliau memperoleh sokongan besar pengundi 19 November ini.

“Saya berdoa berkat usaha kita lakukan dan saya kira di Pagoh ini sudah sinonim dengan saya, lebih 40 tahun.

“Saya juga berharap rakan lain (calon PN) yang masuk ke pusat penamaan calon di seluruh negara juga akan diterima,” katanya.

Beliau turut berharap, jumlah peratusan keluar mengundi pada PRU15 adalah tinggi terutama membabitkan pengundi muda dan kami pertama susulan pelaksanaan Undi18.

“Harapan kita supaya mereka memberi pertimbangan yang bijaksana memilih parti yang mereka anggap boleh dipertanggungjawab, memikul amanah dan memahami masalah rakyat.

“Itu menunjukkan kita sudah bersedia untuk menawarkan suatu kerajaan yang baik, prihatin, bersih dan stabil sebagaimana ‘tagline’ PN,” katanya.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim, berkata biarpun berdepan Muhyiddin yang disifatkan sebagai calon ‘heavyweight’, BN tetap memiliki peluang untuk menang di kerusi berkenaan.

Katanya, apa yang penting ketika ini adalah memperkemaskan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja bagi mengecap kemenangan.

“Dalam pilihan raya, tidak ada orang boleh beritahu pada hari pencalonan siapa boleh menang. Perasaan pasukan yang bertanding pun, semua mahukan kemenangan.

“Walaupun di sini (Parlimen Pagoh) kita ‘underdog’ dan bukan penyandang, ia memberikan kita galakan untuk lebih bersemangat bekerja,” katanya.

Bagi PRU15, kerusi Parlimen Pagoh menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Muhyiddin, Razali dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman.

Pada PRU14, Muhyiddin mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dengan majoriti 6,927 undi.

-Berita Harian

Tags: manifestoPNPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd