• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: Calon Parlimen Sepang Janji Tak Ambil Gaji 5 Tahun

oleh AK-47
05/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: Calon Parlimen Sepang Janji Tak Ambil Gaji 5 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG : Calon Parti Utama Rakyat, Datuk Mohd Daud Leong bagi kerusi Parlimen Sepang berjanji tidak akan mengambil gaji sepanjang lima tahun perkhidmatan jika memenangi kerusi itu pada PRU15.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mohd Daud, 57, berkata sebaliknya beliau akan mendermakannya ke dalam satu tabung bagi membantu rakyat Sepang dari segi kebajikan.

Beliau yang pertama kali bertanding pada PRU berikrar akan membantu rakyat di kawasan itu demi kesejahteraan dan menyelesaikan masalah penduduk.

Katanya, tawaran tidak mengambil gaji bukan `cakap kosong’ kerana beliau sudah membuat akuan bersumpah di mahkamah pada 25 Oktober lalu bagi menyumbang keseluruhan gaji tidak termasuk elaun bagi keperluan rakyat di Sepang.

“Sekiranya dipilih, saya berjanji akan menyuarakan keluhan dan suara rakyat untuk dibawa ke Parlimen bagi membina suasana baharu di kawasan ini,” katanya.

Beliau yang memiliki syarikat guaman di Shah Alam juga berkhidmat sebagai penasihat undang-undang secara sukarela bagi lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

Sementara itu, Pegawai Pengerusi PRU-15 Sepang, Datuk Abd Hamid Hussain mengesahkan lapan calon bertanding bagi kerusi Parlimen Sepang pada PRU-15.

Beliau berkata, kelapan-lapan calon itu ialah bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang juga Ketua Srikandi BERSATU Sepang, Datuk Seri Rina Mohd Harun; Naib Ketua UMNO Sepang mewakili Barisan Nasional (BN), Anuar Basira; Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Raj Muni Aiman Athirah dan Parti Gerakan Tanah Air (GTA), Che Asmah Ibrahim.

Turut tersenarai, wakil Parti Rakyat Malaysia, Datuk Seri Nageswaran Ravi, selain Mohd Daud.

“Dua calon bebas pula terdiri daripada Mohd Syahrul Amri Mat Sari dan M Muneswaran Muthiah,” katanya kepada pemberita di Pusat Pencalonan Kerusi Parlimen Sepang P113 di Dewan Komuniti, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) di sini, hari ini.

Abd Hamid berkata, selepas disemak semua calon yang mengemukakan borang pencalonan layak untuk bertanding dengan dokumen lengkap.

Seramai 2,254 petugas akan bertugas pada PRU-15 Parlimen Sepang membabitkan 50 pusat pengundian di 287 saluran.

“Parlimen Sepang membabitkan 167,988 pengundi dan bagi pengundian awal, 1,850 pengundi,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Calon Parlimen SepangGajiPRU-15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRU15: Calon PH Di Sungai Buloh Nafi Merajuk

Next Post

PH Hilang Kerusi Di DUN Kemayan, Borang Penamaan Calon Ditolak SPR

Related Posts

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

16/08/2024
0

SHAH ALAM - Ketika penjawat awam menikmati kenaikan gaji menjelang Disember ini, Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim masih berkhidmat...

Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus Mulai Disember Ini – PM

Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus Mulai Disember Ini – PM

01/05/2024
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember...

Next Post
PH Hilang Kerusi Di DUN Kemayan, Borang Penamaan Calon Ditolak SPR

PH Hilang Kerusi Di DUN Kemayan, Borang Penamaan Calon Ditolak SPR

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd