• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: 31 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi

oleh AK-47
19/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: 31 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 31 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat jam 11 pagi, Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak menerusi kenyataan pada Jumaat berkata, sebanyak 8,958 pusat mengundi dan 38,348 saluran dibuka dengan bantuan daripada 363,515 petugas.

PRU15 kali ini menyaksikan perebutan 221 kerusi Parlimen selepas pengundian di Parlimen Padang Serai dibatalkan susulan calon Pakatan Harapan (PH), Karupaiya Mutusami meninggal dunia tiga hari sebelum hari mengundi akibat sakit jantung.

Jumlah itu menjadikan seramai 939 calon bertanding di Parlimen kali ini, berbanding jumlah asal, 945 apabila pengundian di kerusi Padang Serai yang melibatkan enam calon dibatalkan.

Pilihan raya kali ini turut melibatkan pengundian Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri iaitu Perlis, Perak dan Pahang.

Sementara itu, satu DUN di Pahang iaitu Tioman turut berdepan situasi sama apabila calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi tersebut, Md Yunus Ramli meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Rompin kira-kira lima jam sebelum pengundian dibuka pada jam 8 pagi.

Sebanyak 20,853,681 daripada keseluruhan 21,173,638 pemilih berdaftar akan membuat pilihan masing-masing mulai jam 8 pagi hingga 6 petang di Semenanjung Malaysia dan 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi pengundi di Sabah, Sarawak dan Labuan.

-Sinar Harian

Tags: Peratus Keluar MengundiPRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

19/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Rakaman video memaparkan seorang lelaki meminta pengundi bersumpah mengundi PAS, antara yang dikemukakan pihak pempetisyen ketika perbicaraan Petisyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd